L O V E M E M O R Y L A N E ⚤
about stuffs links home twitter


Chat me maybe?



Thanks : c r e d i t .


Kesayangan
Thursday 20 August 2015 | 13:36 | 0 comments



Hai awak, yang mengaku sayang kat girlfriend awak tu.

 Saya tahu awak sibuk bekerja, sibuk dengan masalah, sibuk pergi kehulur hilir, berjumpa orang sana sini, kerja lebih masa sebab nak kumpul duit nak kahwin mungkin. Ye saya tahu perancangan awak. Saya tahu niat awak memang bagus, dan saya tahu awak ni penat.

 Tapi saya nak tanya, awak dah cakap hai belum kat kesayangan awak hari ni? At least ucap selamat pagi ke? Ataupun bertanya kesayangan awak how was her day? Belum? Oh yelah, saya lupa. Awak ni memang busy orangnya, dan awak memang memerlukan rehat. Takpe, saya faham. Sebab saya pun tahu, nak hantar text kat kesayangan ni memang memerlukan kudrat yang banyak. Nak hantar satu ayat pun memang berat. Banyak tenaga diperlukan. Sampai sejam nak menaip.

 Ye, saya faham. Takpe, awak berehatlah.

 Dan sementara awak tengah berehat tu, awak bolehlah bayangkan dalam mimpi yang ada jantan jantan lain tengah cuba nak command and conquer hati kesayangan awak tu. Ye, saya tahu awak confident dia setia. Tapi itulah, macam masa mula mula awak kenal dia pun, siapa sangka cinta boleh datang tanpa diduga. Level confident awak tu mungkin sebab awak dah kenal dia lama. Tapi tak apalah, mungkin tak ada perasaan curiga. Tapi confident ke awak kat jantan jantan kat luar tu yang diorang tak akan cuba sedaya-upaya nak rampas kesayangan awak tu?

 Awak, sementara awak tengah bancuh milo panas awak tu sambil makan maggi goreng tengah malam yang tenang begini. Saya nak tanya, awak dah call kesayangan awak ke belum hari ni? Oh belum? Takpe, saya faham, kesayangan awak tentu faham, yang awak ni memang tak suka buang masa, dan awak pun nak topup energy awak yang hilang sebab busy so awak kena duduk.  Chill chill dulu, esok lusa pun boleh call kan? Tapi esok lusa awak tu kadang-kadang boleh jadi seminggu. Awak tak takut ke dalam masa seminggu tu ada jantan jantan yang berani pasang jerat call kesayangan awak malam malam? Yelah, saya tahu kawan, jadi awak rasa tak ada apa apa. Tapi tu kesayangan awak cakap, bukan jantan jantan tu cakap. Awak tak rasa ke jantan jantan kat luar tu mungkin ada agenda nak tarik dan ragut hati kesayangan awak tu? Oh yelah, saya lupa. Trust kena ada, kalau tak buat apa couple dengan kesayangan awak tu, ye dak?

 Jadi sementara awak ni busy, busy dengan hal sendiri, busy dengan dunia, busy dengan pengumpulan duit, awak rasa tak apalah kot letak kesayangan awak tu dibawah jagaan "kawan-kawan" awak. Sebab yelah, penatkan nak dengar kesayangan awak tu meroyan hari-hari. Penat tau nak dengar perempuan membebel sedih sebab tengok anak kucing tepi jalan tak ada mak, nak dengar dia merugut, semua benda tak boleh nak buat, kerja bosan lah, period pain lah. Penat, ye saya tahu penat. So tak apalah, kalau awak rasa awak nak keep calm dan hadap TV sambil minum milo awak tu, saya no hal. Saya faham.

 Tapi awak lupa, a shoulder to cry on will be a dick to ride on.

 Mungkin awak juga lupa, kesayangan awak tu kadang-kadang susah nak tidur malam fikir awak ni betul serius ke dengan dia, ada orang lain tak selain dia, ada orang lain yang buat awak lebih bahagia, ada ke tak orang nak tolong awak kalau kereta rosak tengah jalan, awak macam mana dalam satu hari, dah mandi ke, dah makan ke. Kesayangan awak tu kadang-kadang ada bad day, kerja dia teruk walaupun tak bekerja keras macam awak tapi dia cuba jugak nak jadi busy, bila awak busy dengan kerja, dia pergi buat kerja lain, sebab nak tolong cari duit jugak. Tak nak lah keluar dating asyik makan duit awak je kan. Dia harap jugak ada lah awak ajak luangkan masa bersama, ajak borak ke, makan ais krim sama-sama ke, tapi ada tu jarang sekali kan? Yelah, sebab sebagai kesayangan, dia kena faham. Awak penat. Awak busy. Semua awak awak awak awak awak awak.

 Nanti dua tiga tahun akan datang ke kan, bila akhirnya kerja awak dah maju, dah sukses, dah dapat duit banyak nak mampus, cukup nak kahwin kat PWTC ke, honeymoon kat paris ke kan, awak ajak lah saya lepak mamak. Sebab saya nak tanya, kesayangan awak tu wujud lagi ke tak? Atau dah finally realize yang awak tu bukan tak ada time sangat pun.

 You just don't have time for her. 
Come back love!
Friday 14 March 2014 | 02:55 | 0 comments




Hey geng, still remember me? Miss me tak? Haha :P Dah lama sangatkan zee tak buat entry baru. Blog pun dah berhabuk. Korang nak tahu satu benda tak? ZEE DAH SINGLE! Huhu kesian~ Actually, aku ni jiwang jugak orangnya tahu tak. Lantas, aku selalu create entry JiwangKarat ni di blog. Do I care orang nak cakap apa. Buuu~ Dulu kerap lah jugak. Kini, ianya semakin kurang. Well, kereta pun kalau pakai hari-hari boleh jem. Inikan pulak kepala otak. Despite that, try lah enjoy dulu yang ada ni sementara aku perah otak aku untuk the new Love Story. 

Hey, gadis-gadis penuh setia dan jejaka playboy, what's up? Entry kali ini sentap sikit bagi orang yang suka main pasang dua. Eh no lah. Zaman sekarang dah maju. Kena up sikit! Dua maybe tak cukup. Bagaimana dengan pasang tiga, empat, lima, dan seterusnya. Haha jangan terasa lebih. Siapa makan cili dia yang terasa pedasnya ^^ Okay, let's read my new entry.

Dalam banyak-banyak situasi cinta, ramai yang kata cinta segitiga paling menyakitkan, mencelakakan dan mencarutan. Dan sering kali individu yang dipersalahkan adalah individu ketiga yang senang hati menyibuk dalam mahligai cinta sementara yang dibina itu. Sama ada orang ketiga itu berjaya ataupun tidak, dia tetap dipersalahkan terlebih dahulu berbanding dua individu yang lain. Orang ketiga manusia jahat anda kata. Benarkah?
 
Kalau begitu ideologi anda, mari kita tafsirkan siapa yang jahat dalam cerita cinta tiga segi dibawah ini. Biasanya situasi cinta segitiga yang aku nampak adalah  Haida sayangkan Yusri tapi Yusri cintakan Miera. Siapa yang jahat dalam cerita ni? Situasi jadi makin rumit bila, Yusri melayan perasaan Haida kerana kasihan. Haida sedar akan hakikat itu namun hanyut dalam buaian. Miera dan Haida adalah tidak pernah kenal satu sama lain. Siapa yang jahat dalam cerita ni? Dan situasi lagi bertambah rumit apabila... Haida terus hanyut dalam cinta sementara ciptaan tanpa sengaja oleh Yusri berkali-kali dan Miera terus hanyut dalam dakapan lelaki lain secara rahsia tetapi dalam hatinya masih cintakan Yusri. Yusri terus hanyut dalam membuat keputusan cinta antara Haida dan Miera. 
 
Sebab, Haida mahukan harapan. Miera mahukan kebebasan. Yusri keliru antara Cinta dan Kasihan. Jadi dalam cerita ni, siapa yang jahat? Lihat bukan bagaimana orang yang kita rasakan bersalah sering bertukar-tukar mengikut situasi serta pengetahuan yang kita dapat sehingga kita merasakan tiada yang baik dalam cerita ini. Tiada yang benar-benar tulus dalam percintaan ini. Dan sekarang, aku pinta kamu sekali lagi tentukan siapa yang pesalah sebenar dalam cerita ini. Tapi sesuatu yang kamu perlu tahu sebelum kamu membuat keputusan adalah...  
 
Haida CintakanYusri,
  Yusri Cintakan Miera,
Dan Miera cintakan Yusri.
 
 
Faham? Pening? Sakit jiwa hendak memahami? Well, cinta tiga segi. Mana nak faham kesudahannya. Sekian :) Jom follow blog zee yang tak seberapa ni! Dah follow? Terima kasih ^^ Yang lain, anda bagaimana? ;)
SMKTTJ 2013
Saturday 19 October 2013 | 03:16 | 0 comments

 

Hai assalamualaikum semua. Fuhh dah bersarang blog ni. Sejak Mac yang lalu. Biasalah budak SPM tahun ni. Busy terlampau. Alasannyalah kan. Padahal sejak jumpa teman pengganti yang baru terus tak pernah bukak blog ni! Muahahaha. Ok entry hari ni apa yee? Berhenti sekolah menengah. Apa! Ya, tahun ni last sekolah bagi sesi 2013. Sedih jugalah bila lepas ni masing-masing buat haluan sendiri. Sama ada sambung belajar, kerja, mahupun berkahwin. *Opss! Hahaha. Bagi warga SMK Taman Tuanku Jaafar, study hard. SPM tak lama lagi bakal menjelang tiba. Erkkk. Tiba-tiba rasa nervous pulak. Ha apa-apa pun goodluck untuk korang. Usaha tangga kejayaan yaww. Kawan-kawan den ya mana kenal eden ni haa, lepas dah habis sekolah jangan lupa den pulak iyo ehh. Aku doakan kejayaan, kebaikan, kesenangan untuk korang dunia dan akhirat. Pada siapa yang aku tak kenal tu minta maaflah sangat-sangat ya. Sekolah sama-sama 5 tahun tapi tak kenal. Maklumlah aku ni tak ambil tahu hal orang. Sob sobssss sedih ahh macam ni. Rasa nak nangis. Waaaaaaa! Alangkah baiknya kalau masa boleh diputarkan. Tapi kebanyakkan semua nak habis sekolah cepat je! Ni kes dah gatal nak kahwin awallah tu. Haa adoi. Masa depan panjang lagi kawan. Tak usah pikir nak kahwin, nak malam pertama je. *Ehhhh! Kan bagus kalau belajar dulu. InsyaAllah tak sia-sia berjaya kat dunia. Nak berjaya kat akhirat pun boleh, tu pun rajin-rajinlah selalu bersolat. Ok lah, sampai sini jelah. Siapa yang ada blog tu jangan lupa follow den! Tak susah pun kan nak tekan button follow tu ;) SMKTTJ DO THE BEST FOR SPM! 
Sekali lagi
Monday 11 March 2013 | 10:06 | 0 comments


Sedih hati ni bila dapat tahu awak nak bersendirian. Kenapa nak bersendirian? Sebab awak sakit? Sebab tu awak nak bersendirian? Baik sayang. Saya biarkan awak bersendirian. Saya biarkan awak tenangkan hati awak. Saya biarkan awak walaupun saya tak rela nak lepaskan awak. Awak...saya harap sangat bila saya biarkan awak ni awak tak tipu saya. Bukan saya biarkan awak bermaksud saya dah tak pedulikan awak or whatever. Tapi kerana terpaksa! Awak jugak kan yang suruh saya buat mcm ni, saya tak nak lah awak :'( Hmm. Saya harap awak nak bersendirian kerana sakit awak dan bukan kerana awak ada orang lain. Tolong jangan buat saya sebagaimana awak pernah buat pada saya suatu masa dahulu *kesat air mata*


Saya sayangkan awak. Saya selalu doakan awak cepat sembuh. Saya rindu nak text dengan awak, saya rindu nak on call dengan awak then borak-borak, saya rindu nak sakat awak, saya rindu nak share story dengan awak, saya rindu nak dengar suara awak , saya rindu nak bergurau dengan awak, saya rindu nak dengar awak cakap "I love you sayang" Saya rindu nak dapat text dari awak setiap pagi, setiap malam "Good morning sayang", "Good night dear". Saya jugak rindu time saya saya sakit, saya pengsan. Awak panic sangat sampai saya terdengar awak menangis. Awak cakap awak takut time tu kehilangan saya. Saya rindu awak din. Sangat rindukan awak :'(

Hmm dah 3 minggu saya ada masalah. Tapi awak sikit pun tak pernah nak ambil tahu pasal saya. Sampainya hati awak. Dulu saya lah segalanya bagi awak. Suka duka kita mesti share problem. Kan awak? Tapi bila awak sakit, segala rasa awak dulu kat saya semua dah hilang. Sedih, kecewa lah jugak tergamak awak buat saya macam ni. Patah hati saya :'( Hmm. Macam awak selalu cakap dekat saya kan. "PENTINGKAN APA YANG LEBIH PENTING". Now saya tahu kesihatan awak yang lebih penting. So, bersendirian lah awak sayang. Saya tunggu awak sampai suatu masa nanti saya ni penting dalam hidup awak.

Cukup buat saya bahagia bila awak cakap "Ingat tau, b tak nak cayang sakit or jadi apa-apa kat diri cayang. B sayangkan cayang". Yaaa! Orang yang paling bahagia dalam dunia ni bila awak ambil berat pasal saya. Bahagianya hidup saya bila awak cakap macam tu :') Moga awak tabah dan kuat hadapi dugaan sayang. *Tadah tangan* "Ya Allah, berikan lah Mohd Nur Hisyabuddin kesembuhan, berilah dia kekuatan untuk menempuhi dugaan mu Ya Allah. Amin...
Apa itu cinta?
Saturday 2 March 2013 | 06:10 | 0 comments



"Aku putus cinta. Nak buat macam mana? Tengah sedih ni".

Soalan yang susah. Bukan susah untuk menjawab. Tapi susah untuk membuatkan jawapan saya itu difahami.
Kerana cinta semuanya boleh jadi... Dari waras jadi gila. Dari kaya jadi kayap. Dari gembira jadi sedih. Dan selalunya cinta pada mulanya indah. Dan tak semua di akhiri dengan gembira. Malah 40% cinta putus ditengah jalan. Banyak sebab kenapa. Ada orang ke-3, tak setia, terpaksa berjauhan,
hati mula berubah, tak dapat restu family, dan banyak lagi. Dan yang pasti. "Tiada jodoh diantara kita". "Walaupun serat/sekuat mana kita genggam dia, kalau dia bukan milik kita. Dia tetap akan pergi. Dan walau kita tidak suka dia, benci dia. Jika dia jodoh kita. Maka bersatu lah". "Jodoh memang ditentukan oleh Allah, tapi kita diberi pilihan untuk berusaha memilih siapa yang kita ingin berserta keredhaan Allah". Namun kita semua nak yang terbaik.

Persoalannya...

Kenapa Bercinta? Kenapa kita bercinta dengan orang yang kita cinta? Kenapa jatuh cinta? Kenapa dan kenapa?

Syok-syok, untuk bersuka-suka. Semua orang dah ada couple", "Tak baguslah takde pakwe"/"Tak macho lah bro kalau takde awek". "Handsomenya dia tu"/Dia lawa seh". "Aku suka dia"/Aku dah sayang dia". Dan macam-macam jawapan lagi. Ada macam-macam sebab boleh menyebabkan hati kita terpaut dengan seseorang itu.

Kenapa kita bercinta? Jatuh cinta? Atas sebab apa?

"Sebab yang rapuh, tak akan mampu membuatkan cinta kita utuh. Sebab yang lemah, tak akan mampu membuatkan cinta kita gagah. Sebab yang main-main, tak akan mampu membuatkan cinta kita bertahan hingga ke syurga Rabbul Alamin". Jodoh di tangan Allah, Usaha di tangan kita.

"Jodoh tu Allah dah susun…". Begitulah jawapannya. Pasrah dan redha.


Ya, jodoh, Allah memang dah tetapkan. Usalah macam mana pun, jodoh itu tetap Allah dah sediakan. Kahwin dengan siapa, bertahan atau tidak, dapat kahwin ke atau terus bujang trang tang tang, semua itu Allah dah susun. Tapi, kita manusia, tidak tahu Allah susun macam mana. Saya ulang, kita manusia, TIDAK TAHU Allah susun macam mana, bagaimana, untuk kita. Sebab itu, manusia di tangannya ada usaha. Allah SWT sendiri menyuruh manusia berusaha. Rasulullah SAW sendiri menyuruh manusia berusaha.

Namun persoalan di sini, bagaimanakah berusaha dalam hal ini?

Dengan bercouple kah? Dengan mengorat kah? Dengan menggoda kah? Dengan sms-sms kah? Dengan bergayut telefon sampai habis kredit kah? Dengan pergi dating kah?

Ini, satu lagi soalan penting yang perlu anda perhatikan.

Cinta itu adalah ibadah.

Ya, cinta itu adalah ibadah sebenarnya. Kerana Allah SWT menyatakan bahawa kehidupan ini adalah ibadah. Cinta adalah sub kepada kehidupan kita. Maka cinta itu adalah ibadah, sekiranya cinta itu berdiri atas dua perkara:

  • Jalan untuk bercinta, merupakan jalan yang Allah SWT redha.

  • Bercinta itu ikhlas hanya kerana Allah SWT.

Saya cakap awal-awal, kalau dua syarat ini tidak diambil, maka sebenarnya cintanya tadi cinta yang kosong sahaja. Bukanlah saya yang mempunyai kuasa untuk menilai sesuatu amal itu diterima atau tidak, tetapi syarat amal diterima begitulah yang ditetapkan di dalam Islam.

Kalau anda ikhlas bercinta, tetapi tidak pula bercinta atas cara yang Allah redha, maka apakah itu ibadah? Mustahil. Kalau anda bercinta ikut cara syara', tak ikhtilat, tak bergaul bebas dan sebagainya, tapi anda tak ikhlas pun bercinta, main-main, saja syok-syok, suka-suka, atau ada niat lain hendak mempergunakan pasangan anda sebab dia kaya, dia cantik hensem, dan sebagainya, maka itu juga tidak berguna.


Cuma nak menjadikannya dikira sebagai ibadah, itu kita perlu kembali merujuk kepada usaha kita.

Apakah usaha kita usaha yang Allah redha?



Banyak mana pun sebab yang ada dalam dunia ini, kita boleh bahagikan semua sebab itu kepada dua.

  • Kerana Allah.

  • Bukan kerana Allah.

Kau suka dia semata-mata sebab dia hensem, sebab dia cantik, sebab dia kaya, sebab dia macam-macamlah, termasuklah sebab dia solehah sekalipun, maka itu masuk nombor dua. Tapi kalau kau cintakan dia, semata-mata kerana Allah. Kau cari yang lawa sebab lawa tu adalah salah satu ciri yang Rasulullah sebut, kau cari yang berada sebab yang berada itu pun antara ciri yang Rasulullah sebut, kau cari yang berketurunan baik-baik, sebab itu pun ciri yang Rasulullah sebut, kau cari yang solehah, sebab kau nak dia nanti jaga anak kau dengan baik, tarbiyyah anak kau dengan baik, jaga diri kau dengan baik agar keluarga kau membesar dalam keadaan Allah redha, maka itu semua masuk nombor satu.

Beza tau suka seseorang itu sebab dia soleh dan solehah, dengan suka seseorang yang soleh atau solehah itu dengan hajat agar dengan kesolehannya itu dia mampu membimbing kita ke jalan yang Allah redha.

Jadi sebab kau yang mana?

Kau akan menemui masalah, putus asa, kecewa, apabila kau memilih sebab-sebab di bawah kategori dua. Tapi, kalau sebab-sebab kau bercinta itu di bawah kategori satu, maka aku rasa, tiada masalah apa-apa. Kau selamat. Kalau cinta kau berterusan, kau selamat dunia akhirat. Kalau kau putus cinta sekalipun pun, kau tetap selamat. Selamat dari kekecewaan yang mengharu birukan.

Orang kategori satu dan orang kategori dua

Orang yang cintanya, didirikan atas kategori pertama, yakni kerana Allah, maka dia tidak akan mempunyai masalah. Sedih itu biasa la. Tapi insyaAllah, sedihnya tak akan panjang. Tak sampai setengah hari pun insyaAllah.

Orang yang bercinta atas dasar kategori pertama, dia tidak akan melanggar batasan syara’. Dia tidak akan berusaha dengan cara yang Allah SWT larang. Usahanya bersih. Malah usahanya tidak termasuk dalam kategori yang orang kata sekarang, mengorat, menggoda.

Kenapa tak termasuk dalam kategori mengorat? Sebab dia yakin jodoh itu di tangan Allah SWT.

Mesti ada yang tanya: "Habis, mana usaha? Tadi kata kena usaha?".

Inilah uniknya orang yang mendirikan cintanya atas dasar iman, kerana Allah SWT semata-mata. Bukan kerana rupa, bukan kerana harta, bukan kerapa apa-apa yang tidak kekal. Dia usaha juga. Tapi tahukah apa usaha orang kategori pertama?

Usahanya lebih kepada peningkatan dirinya, persediaannya menjadi suami, isteri, persediaannya menjadi bapa, persediaannya menyadi ibu, persediaannya untuk menghadapi kehidupan berkeluarga. Maksud persediaan-persediaan di sini, tak sikit pun dimaksudkan dengan persediaan duit ya. Duit nak tanggung anak, nak tanggung isteri, nak tanggung majlis kahwin, itu nombor 10. Kalau lelaki, persediaan yang dimaksudkan adalah persediaan untuk memikul tanggungjawab-tanggungjawab itu, tanggungjawab nak jaga akhirat isteri, tanggungjawab nak jaga akhirat anak, tanggungjawab nak menjaga hubungan mereka dengan Allah, tanggungjawab hendak membawa keluarga, hidup atas jalan yang Allah redha. Begitu juga perempuan, tanggungjawab nak jadi ibu, tanggungjawab nak jadi isteri, pendidik kepada anak, penjaga kepada suami, nak bawa keluarga kepada apa yang Allah redha.

Siapa yang sebelum dia approach pasangan dia, fikir fasal benda ni dahulu?

Atau korang fikir: "Ni semua lepas kahwin boleh fikir…"

Memang ada manusia fikir macam itu. Katanya, masa bercinta ni, masa hot, masa ni lah nak bermadu asmara puas-puas. Ha… bila habis madu sepah dibuang, bila putus cinta nyawa pula terbuang. Mula kes frust menonggeng lah, kelar tangan lah, nak terjun bangunanlah, kunci bilik tak keluar berhari-hari lah. Jujur, saya pun pernah ada jadi macam ni.

Apabila kita bina cinta kita atas dasar ini, kita bercinta pun atas jalan yang bersih, atas jalan yang Allah redha, cinta kita adalah semata-mata kerana Allah, nak harapkan redha Allah, maka kalau cinta kita yang macam ini punya baik putus…. Ketahuilah bahawasanya kita akan automatik redha. Percayalah cakap saya.

Sebab apa kita akan automatik redha?

Orang yang cintanya terbina atas dasar ini, cintanya tidak akan terus sampai ke pasangannya terlebih dahulu. Cintanya akan sampai kepada Allah SWT terlebih dahulu. Allah itulah sebab dia bercinta. Dengan cara yang Allah suruhlah dia bercinta. Maka apabila Allah yang merupakan matlamatnya ini, memberikan natijah bahawa dia dengan pasangannya yang disukai itu tiada jodoh, tak dapat bersama, maka dia akan redha.

"Ini tandanya, lelaki itu bukan yang terbaik untuk aku. Allah tahu apa yang terbaik untuk aku".

Ya… itulah dia kekuatan orang yang mengambil kategori pertama sebagai dasar cintanya. Kekuatan keimanan, keyakinan, bahawa Allah SWT tidak akan mengecewakannya. Buat apa kita nak kecewa dengan natijah yang Allah SWT berikan kepada kita? Kita bukan tak usaha, kita bukan buat benda yang Allah larang. Kenapa nak sedih? Kenapa nak terjun bangunan? Kenapa nak frust menonggeng?

Dia tak mempersiapkan dirinya tadi, untuk perempuan atau lelaki. Dia mempersiapkan dirinya tadi, untuk memenuhi tanggungjawabnya kepada Allah, nak jadi suami yang Allah redha, nak jadi bapa yang Allah redha, nak jadi isteri yang Allah redha, nak jadi ibu yang Allah redha, nak usaha bawa keluarga, ke arah yang Allah redha. Bukan kerana pasangannya. Maka bila tak dapat pasangannya itu, apa punca kesedihannya?

Tiada. Inilah dia kekuatan, kelebihan. Sedih sikit, itu lumrah lah bro. Siapa tak sedih bila putus cinta kan? Tapi ketahuilah, kalau cinta kita terbina dari kategori pertama, sedih kita tak akan panjang. Sebab kita sedar, kita faham, kita tahu, kita rasa yang Allah SWT itulah sebab kenapa kita bercinta. Allah SWT tak akan zalim pada kita bro. Dia hendak berikan yang terbaik pada kita. Yakin dengan yang ini, kau tak akan bersedih hati lama-lama.

Orang kategori kedua, banyak lah contohnya pada zaman hari ini. Serah segala-galanya pada pasangan yang di'cinta'inya. Sampai ada yang sanggup jual badan. Tak apa pegang-pegang, raba-raba sana sini. Kononnya cinta, nanti kahwin juga. Tak apa tidur sama-sama, kononnya nanti nak bersama juga. Tak apa dating-dating, kononnya nak taaruf. Serah segala benda, katanya cinta. Duit habis, itu ini tergadai, peraturan Allah langgar, kemudian tup tup putus cinta….

Siapa yang tak terjun bangunan kalau macam itu? Penutupnya, marilah kita perbaiki cinta-cinta kita. Di sinilah pembaca. 'Cinta' kerana Allah, di sinilah kita kena lihat semula. Hari ini, masyarakat nampak bercinta itu macam mana? Apa yang masyarakat katakan sebagai cinta lelaki perempuan hari ini?

Kita bercinta bagaimana? Bila bercinta, pernahkah kita fikir apakah percintaan kita itu dikira oleh Allah SWT atau tidak?

Sebab kan, siapa lagi nak berikan keceriaan di hati kita, kelapangan, kekuatan, kebahagiaan dalam hidup kita lepas putus cinta, lepas mengharungi dugaan dan cabaran, kalau bukan Allah SWT yang menciptakan kita, yang paling dekat dengan kita?

Allah SWT, sebab itulah kita letakkan, Allah SWT lah cinta kita yang pertama, matlamat kita dalam segala-galanya. Tiada yang lebih cintakan kita daripada Allah SWT. Cuma kita sahaja yang tidak mendalami cinta-Nya kepada kita.

Mari bercinta! Bercinta kerana Allah, dengan cara yang Allah SWT luluskan. Bersih, selamat, bebas dari kekecewaan :)
Kapal Terbang!
Friday 22 February 2013 | 07:36 | 0 comments

Hai, assalamualaikum...
 
Sanggup ponteng sekolah semata-mata nak teman mak aku hantar nenek, makcik, pakcik aku pergi KLIA untuk pergi kerjakan umrah kat Makkah. Flightnya pukul 10 a.m. Dari Seremban nak ke KLIA tak banyak makan masa sebenarnya. Kitaorang konvoi. Diaorang dari Johor datang Seremban and keluar dari rumah aku pukul 4 a.m dan sampai tepat pukul 7 a.m. Semua adik beradik mak aku ada 14 orang, semuanya pergi campur dengan cucu, cicit nak dekat 100 orang lebihnya jugak. Haha ramaikan? Well, nenek aku kuat wei! Hahaha. Kereta pun dalam 10 lebih jugak. Haha banyakkan? Baru gempak.

Aku lebih suka kalau pergi KLIA lah berbanding dengan LCCT. Diskriminasi lah ni kut. Haha. Takde lah, aku memang suka dengan kapal terbang. Apa yang aku suka sangat pun tak tahu lah. Mungkin sebab dari kecik aku dah biasa main kapal terbang mainan tu kut. Eh? Haha. Kalau dengar kapal terbang lalu kat kawasan rumah pun mesti berminat je nak jenguk ke langit, walaupun kadang-kadang aku control lah jugak, kot-kot jiran nampak kan. Hehe buat malu je.


Kalau ayah aku tengah drive area Dengkil, Sepang, Nilai dan kawasan berdekatan airport pun, bila nampak ada low flying aircraft yang baru lepas take-off ataupun approaching airport to landing pun, aku mesti sibuk nak jenguk ke langit jugak. Sanggup tukar tempat dengan adik beradik aku semata-mata nak tengok menatang apa yang lalu dan yang paling best, dengar ngauman menatang tu. Fuh. Excited woo. Haha! Aku dan mana yang tak terlibat lepak kat secret recipes sambil yang lain membuat ke kaunter untuk check-in dan ambik boarding pass. Cousin aku ni suka bergambar dan mulalah sesi bergambar! Fuh. Aku lah jadi mangsa. Ajak bergambar sana sini. Haha maklumlah saya ni kan comel. Hehehe.

Ni jelah hasilnya yang mampu aku tunjukkan. Yang lain semua buruk dan banyak yang tak berminat! Katakan sememangnya aku ni comel! Hahaha ;P

 Ni time suapkan kakak aku coklat. Comelkan aku? Haha.
 Me and my cousin, Ain.
 Kakak, Ain, Mimi and me.
 Qadir, Ain, me and termasuk belakang yang menyibuk tu, syafiq.
Termenung jauh tengok kapal terbang. Haha!
 Hoyeah. Rock and roll!
Time nak balik. Saya comel! Kan? Haha. Bye KLIA!

Cousin aku yang mana bersekolah lagi, masing-masing ponteng sekolah semata-mata nak ikut parents dan akhirnya cousin yang lama tak jumpa, jumpa pun kau balik ha! Haha. Sumpah tak bosan lepak sana dengan ramai cousin buat lawak bodoh diaorang, pecah perut aku wei banyak sangat gelak! Tapi masa yang mana pergi umrah tu nak pergi dah, sayu jugaklah. Tangkap leleh sekejap. Yelah maklumlah bila bersalaman, berpelukkan dan meminta maaf antara satu sama lain, boleh menangis aku. Haha. Walaupun dah banyak kali pergi KLIA tapi tu lah, excited aku kat kapal terbang ni tak pernah hilang. Kau bagaikan ikan paus yang terbang di atas langit biru yang sangat tinggi. Cewahhh. Kau hingat ni cerita dongeng ke hape! Hahaha. 


Bila dah hantar 6 orang yang nak pergi umrah ni dalam pukul 11 a.m kitaorang semua berangat balik. Apa-apapun, semuanya selesai. On the way balik ke Seremban tu melalui Jalan Nilai-KLIA, sempat lah aku menjenguk ke langit melihat 4 engine's aircraft yang baru take-off. Bukak tingkap lagi untuk tambah syok mendengar ngauman 4 enjin tu. Fuuhhh! Best! Bye Kapal Terbang! Haha. Dah habis baca? Tepuklah tangan! Hihihi. Ok, terima kasih siapa yang sudi baca entry kali ni :)
Cinta itu indah tapi mungkin padah
Thursday 21 February 2013 | 06:16 | 0 comments

Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia

Hmm. Tajuk kat atas tu, macam best je kalau nak huraikan.

"Alaa, sikit-sikit pasal couple. macam bagus sangat lah kau ni zee!"
Aku memang tak bagus. Tapi aku rasa tak salah kalau aku nak kongsi semua ni. Aku kongsi berdasarkan pengalaman aku dan orang sekeliling aku. So, benda tu semua banyak mengajar aku lagi-lagi aku ni jenis orang yang suka memerhati. Heheh.

Well, couple tu indah. Yes, orang ramai cakap macam tu. Aku tak nafikan memang indah. Tapi, tak semua yang indah tu kekal indah selamanya kan? So, aku nak merapu sikit untuk entry kali ni.


1. Habis Duit
Well, perempuan gedik zaman sekarang ni kalau couple mesti jenis memilih kan? Sama jelah dengan lelaki zaman sekarang ni. Pantang perempuan kaya mesti nak kikis habis-habis. Fuyoo. Kadang-kadang lelaki tu dah buta disebabkan kecantikan perempuan tu sampai sanggup buat apa saja untuk dapatkan perempuan tu, termasuklah perempuan. Tak pandai nak memilih lelaki. Pantangnya lelaki handsome, habis kau sapu. Haha. Ini menghabiskan harta=duit  Itu satu masalah. Then, kalau perempuan dan lelaki tu tak mementingkan harta pula, duit kita tetap akan dibazirkan ke jalan ni. Tak perlu kita pandang jauhlah kawan. Aku rasa, majoriti pembaca blog aku ni masih belajar. So, kalau masih belajar tu mesti perbelanjaan sara hidup tu parents yang tanggung kan? So, bila couple ni macam mencari masalah juga lah bagi aku. Senang je kat sini 
  • Bila couple mesti nak message + call = DUIT
Dah couple kan, so mesti nak selalu rasa dekat je. Tak cukup message, time malam pula sebelum tidur mesti call dulu kan. Mulanya niat nak call kejap, tapi last-last terlajak sampai berjam-jam. Habis kredit telefon yang baru topup tu. Apa kes? Itulah cinta namanya~ Haktuihhhh! Hahaha.
  • Bila couple mesti nak dating + enjoy = DUIT
Dah kata couple kan. So, bila free mesti nak jumpa lagi-lagi time cuti hujung minggu. At least keluar tengok wayang, makan, jalan-jalan, shopping sikit-sikit. So, bila tambah-tambah semua tu, aku rasa main ratusan juga kalau tak mampu nak kawal. Yes, aku tak tipu sebab aku pernah alami. Errrr. 

Mampukah anda untuk melaburkan duit anda ke jalan ini?


2. Stress
Bagi aku point ni kita memang tak dapat elak. Kenapa aku cakap macam tu? Ok, ni.
  • "Hujung minggu ni aku tak dapat jumpa, keluar dating dengan awek/balak aku, OH STRESS!"
  • "Kenapa dia senyap je sekarang ni. Message dah kurang apatah lagi call, OH SANGAT STRESS!"
  • "Baru lepas bergaduh dengan awek/balak aku, OH GILA STRESS!"
  • "Baru semalam aku clash dengan awek/balak aku, OH STRESSNYAAA!"
So, perkara-perkara ni semua walaupun kadang-kadang nampak remeh tapi dah cukup untuk menganggu urusan kehidupan seharian kita. Yes, termasuklah bekerja, belajar dan sebagainya. Semua urusan tu tak mampu dilakukan dengan baik sebab gangguan emosi dan tekanan perasaan.

Mampukah anda tabahkan hati untuk lalui semua dugaan ini?


3. Hilang Kebebasan
Kalau dah couple tu bagi aku, hilang semua kebebasan yang ada. Oh silap. Bukan semua, tetapi sesetengah daripadanya. Bila dah couple tu, kalau boleh semua yang kita buat kena bagitau si dia. WTH! Bosan kut. Takkan nak buat apa-apa pun kena bagitau. Tapi itulah hakikatnya.
  • Segala benda yang nak buat kena inform dulu. buat apa, kemana, dimana, dengan siapa, semuanya kena bagitau.
  • Bagi lelaki yang nak berkawan dengan perempuan lain, kena kurangkan sebab takut pasangan cemburu, dan sebaliknya bagi perempuan. 
Oh bosannya~ Memang lah niat kita kadang-kadang menunjukkan kita ambil berat dan tanda sayangkan pasangan bila buat macam ni. Tapi, kita tak sedar perkara ni menyekat dan mengongkong kebebasan yang ada. Well, ni lah yang buat pasal couple suka bergaduh. Sebab aku rasa, tak ada kebebasan yang ada langsung. Hidup tak perlu dikongkong, kebebasan tak perlu disekat. Tak terkejutlah ramai yang clash sebab nak dapatkan kebebasan kembali.

Bukankah manusia tak suka dikongkong?

4. Hilang Kawan
Sebelum couple.
  • Dengan kawan lah kita berkongsi masalah
  • Dengan kawan lah kita ke mana-mana
  • Dengan kawan lah kita jatuh bangun bersama
Tapi, bila dah jumpa teman hidup yang istimewa, semua tu hilang. Semua tu dilupakan. Well, biasa lah manusia. Agak-agak kawan dah tak ada kepentingan, terus abaikan. Perkara ni selalu juga lah berlaku. Last-last, kawan tu sendiri yang kecewa bila benda macam ni terjadi. Bila nasihat, melenting. Lastlast, sebab ego yang tinggi dan rasa kepentingan antara mereka dah tak ada, putus sahabat. Haihhh.

Berkawan biar beribu, berkasih biar satu. Adakah anda faham maksud tersiratnya?

"Kalau korang sayang sangat kat someone, janganlah over react, over protect dan over segalanya. Buat biasa je. Keep moving forwards on the things that priors your attention. Kalau nak lagi baik, korang sayang someone, try uji mereka. This will be fun on your behalf in the same time you will know how deep his or her love towards you. Kalau test sikit dah give up, better korang give up on loving them. For example, korang mesti pernah dengar tentang cinta mak hingga ke syurga. Yup. Sebenarnya korang dah bagi ujian pada mak korang masa kecil. By that test, mak korang tak pernah give up untuk terus membesarkan korang. That why mak korang sayang sangat kat korang. Same goes here, to get the stronger relation between 2 people, try give them test and from there you will see about their loyalty. In the same time korang boleh judge berbaloikah korang nak teruskan hubungan korang.

So, bagi aku dah cukup dah semua tu untuk membuatkan yang single tetap single sehingga sampai waktu yang sesuai. Tapi, janganlah fikir bukan-bukan. Aku tak ada lah nak buat korang yang tengah couple ni fikir banyak kali apa yang aku tulis ni. Aku cuma bagi pandangan yang mana aku rasa betul. MAYBE betul. Kalau dah couple tu, teruskan. Ada juga kebaikan couple ni, dan ada juga keburukan single ni. So, fair lah kan? Cukup je kut sampai sini. Terima kasih sangat-sangat sebab baca entry ni walaupun agak membosankan ;)