L O V E M E M O R Y L A N E ⚤
about stuffs links home twitter


Chat me maybe?



Thanks : c r e d i t .


Kapal Terbang!
Friday 22 February 2013 | 07:36 | 0 comments

Hai, assalamualaikum...
 
Sanggup ponteng sekolah semata-mata nak teman mak aku hantar nenek, makcik, pakcik aku pergi KLIA untuk pergi kerjakan umrah kat Makkah. Flightnya pukul 10 a.m. Dari Seremban nak ke KLIA tak banyak makan masa sebenarnya. Kitaorang konvoi. Diaorang dari Johor datang Seremban and keluar dari rumah aku pukul 4 a.m dan sampai tepat pukul 7 a.m. Semua adik beradik mak aku ada 14 orang, semuanya pergi campur dengan cucu, cicit nak dekat 100 orang lebihnya jugak. Haha ramaikan? Well, nenek aku kuat wei! Hahaha. Kereta pun dalam 10 lebih jugak. Haha banyakkan? Baru gempak.

Aku lebih suka kalau pergi KLIA lah berbanding dengan LCCT. Diskriminasi lah ni kut. Haha. Takde lah, aku memang suka dengan kapal terbang. Apa yang aku suka sangat pun tak tahu lah. Mungkin sebab dari kecik aku dah biasa main kapal terbang mainan tu kut. Eh? Haha. Kalau dengar kapal terbang lalu kat kawasan rumah pun mesti berminat je nak jenguk ke langit, walaupun kadang-kadang aku control lah jugak, kot-kot jiran nampak kan. Hehe buat malu je.


Kalau ayah aku tengah drive area Dengkil, Sepang, Nilai dan kawasan berdekatan airport pun, bila nampak ada low flying aircraft yang baru lepas take-off ataupun approaching airport to landing pun, aku mesti sibuk nak jenguk ke langit jugak. Sanggup tukar tempat dengan adik beradik aku semata-mata nak tengok menatang apa yang lalu dan yang paling best, dengar ngauman menatang tu. Fuh. Excited woo. Haha! Aku dan mana yang tak terlibat lepak kat secret recipes sambil yang lain membuat ke kaunter untuk check-in dan ambik boarding pass. Cousin aku ni suka bergambar dan mulalah sesi bergambar! Fuh. Aku lah jadi mangsa. Ajak bergambar sana sini. Haha maklumlah saya ni kan comel. Hehehe.

Ni jelah hasilnya yang mampu aku tunjukkan. Yang lain semua buruk dan banyak yang tak berminat! Katakan sememangnya aku ni comel! Hahaha ;P

 Ni time suapkan kakak aku coklat. Comelkan aku? Haha.
 Me and my cousin, Ain.
 Kakak, Ain, Mimi and me.
 Qadir, Ain, me and termasuk belakang yang menyibuk tu, syafiq.
Termenung jauh tengok kapal terbang. Haha!
 Hoyeah. Rock and roll!
Time nak balik. Saya comel! Kan? Haha. Bye KLIA!

Cousin aku yang mana bersekolah lagi, masing-masing ponteng sekolah semata-mata nak ikut parents dan akhirnya cousin yang lama tak jumpa, jumpa pun kau balik ha! Haha. Sumpah tak bosan lepak sana dengan ramai cousin buat lawak bodoh diaorang, pecah perut aku wei banyak sangat gelak! Tapi masa yang mana pergi umrah tu nak pergi dah, sayu jugaklah. Tangkap leleh sekejap. Yelah maklumlah bila bersalaman, berpelukkan dan meminta maaf antara satu sama lain, boleh menangis aku. Haha. Walaupun dah banyak kali pergi KLIA tapi tu lah, excited aku kat kapal terbang ni tak pernah hilang. Kau bagaikan ikan paus yang terbang di atas langit biru yang sangat tinggi. Cewahhh. Kau hingat ni cerita dongeng ke hape! Hahaha. 


Bila dah hantar 6 orang yang nak pergi umrah ni dalam pukul 11 a.m kitaorang semua berangat balik. Apa-apapun, semuanya selesai. On the way balik ke Seremban tu melalui Jalan Nilai-KLIA, sempat lah aku menjenguk ke langit melihat 4 engine's aircraft yang baru take-off. Bukak tingkap lagi untuk tambah syok mendengar ngauman 4 enjin tu. Fuuhhh! Best! Bye Kapal Terbang! Haha. Dah habis baca? Tepuklah tangan! Hihihi. Ok, terima kasih siapa yang sudi baca entry kali ni :)