L O V E M E M O R Y L A N E ⚤
about stuffs links home twitter


Chat me maybe?



Thanks : c r e d i t .


Come back love!
Friday 14 March 2014 | 02:55 | 0 comments




Hey geng, still remember me? Miss me tak? Haha :P Dah lama sangatkan zee tak buat entry baru. Blog pun dah berhabuk. Korang nak tahu satu benda tak? ZEE DAH SINGLE! Huhu kesian~ Actually, aku ni jiwang jugak orangnya tahu tak. Lantas, aku selalu create entry JiwangKarat ni di blog. Do I care orang nak cakap apa. Buuu~ Dulu kerap lah jugak. Kini, ianya semakin kurang. Well, kereta pun kalau pakai hari-hari boleh jem. Inikan pulak kepala otak. Despite that, try lah enjoy dulu yang ada ni sementara aku perah otak aku untuk the new Love Story. 

Hey, gadis-gadis penuh setia dan jejaka playboy, what's up? Entry kali ini sentap sikit bagi orang yang suka main pasang dua. Eh no lah. Zaman sekarang dah maju. Kena up sikit! Dua maybe tak cukup. Bagaimana dengan pasang tiga, empat, lima, dan seterusnya. Haha jangan terasa lebih. Siapa makan cili dia yang terasa pedasnya ^^ Okay, let's read my new entry.

Dalam banyak-banyak situasi cinta, ramai yang kata cinta segitiga paling menyakitkan, mencelakakan dan mencarutan. Dan sering kali individu yang dipersalahkan adalah individu ketiga yang senang hati menyibuk dalam mahligai cinta sementara yang dibina itu. Sama ada orang ketiga itu berjaya ataupun tidak, dia tetap dipersalahkan terlebih dahulu berbanding dua individu yang lain. Orang ketiga manusia jahat anda kata. Benarkah?
 
Kalau begitu ideologi anda, mari kita tafsirkan siapa yang jahat dalam cerita cinta tiga segi dibawah ini. Biasanya situasi cinta segitiga yang aku nampak adalah  Haida sayangkan Yusri tapi Yusri cintakan Miera. Siapa yang jahat dalam cerita ni? Situasi jadi makin rumit bila, Yusri melayan perasaan Haida kerana kasihan. Haida sedar akan hakikat itu namun hanyut dalam buaian. Miera dan Haida adalah tidak pernah kenal satu sama lain. Siapa yang jahat dalam cerita ni? Dan situasi lagi bertambah rumit apabila... Haida terus hanyut dalam cinta sementara ciptaan tanpa sengaja oleh Yusri berkali-kali dan Miera terus hanyut dalam dakapan lelaki lain secara rahsia tetapi dalam hatinya masih cintakan Yusri. Yusri terus hanyut dalam membuat keputusan cinta antara Haida dan Miera. 
 
Sebab, Haida mahukan harapan. Miera mahukan kebebasan. Yusri keliru antara Cinta dan Kasihan. Jadi dalam cerita ni, siapa yang jahat? Lihat bukan bagaimana orang yang kita rasakan bersalah sering bertukar-tukar mengikut situasi serta pengetahuan yang kita dapat sehingga kita merasakan tiada yang baik dalam cerita ini. Tiada yang benar-benar tulus dalam percintaan ini. Dan sekarang, aku pinta kamu sekali lagi tentukan siapa yang pesalah sebenar dalam cerita ini. Tapi sesuatu yang kamu perlu tahu sebelum kamu membuat keputusan adalah...  
 
Haida CintakanYusri,
  Yusri Cintakan Miera,
Dan Miera cintakan Yusri.
 
 
Faham? Pening? Sakit jiwa hendak memahami? Well, cinta tiga segi. Mana nak faham kesudahannya. Sekian :) Jom follow blog zee yang tak seberapa ni! Dah follow? Terima kasih ^^ Yang lain, anda bagaimana? ;)