L O V E M E M O R Y L A N E ⚤
about stuffs links home twitter


Chat me maybe?



Thanks : c r e d i t .


Single or couple?
Saturday 9 February 2013 | 08:53 | 0 comments

Selamat malam uolls. Rindu tak kat I? Rindu tak! Rindu lah tu..... *perasan jap 5saat* Hiks. Dah lama tak update blog. Rasanya dah berhabuk sikit. Fuhhh. Kemain panjang entry sebelum ni update. Ingat ni blog cerpen ke ape? Rajin sangat :P Apa pun terima kasih sudi luangkan masa untuk baca blog saya yang tak seberapa ni. Jasamu mu dikenang. Serius! Lepas ni rajin-rajin lah lagi datang menjenguk blog saya ye. Hihik.

Ok. Hello boys & girls. Ramai tak antara korang yang masih 'single'? Atau dalam bahasa yang lebih sopan, tak berminat untuk terlibat dalam apa-apa hubungan perasaan sebelum bernikah. Ahahaha.



Sebaliknya, ramaikah antara korang yang dah 'couple'? Atau dalam bahasa yang orang Melayu cipta, berpasangan sebelum bernikah. Haha. Tapi, aku tak nak guna term 'couple' lah. Sebab kadang kala 'couple' tu disalah tafsir kepada maksud yang tak baik. So, apa kata aku guna term 'percintaan yang suci'. Haha amacam?



Sejak belakangan ni, aku sering diajukan dengan pertanyaan 'Dah ada yang punya ke belum?'. Ni tak lain tak bukan, member-menber aku lah ni. Adoi. Macam aku dah tua sangat je. Mentang-mentanglah umur ni dah ada angka 2 (bagi orang yang lambat pick up tu, aku maksudkan 17 tahun). Hehehe. Sebenarnya, aku ni bukannya takde orang yang nak. Cuma saya lebih suka single. Hahaha cenggitu lah!

Ramai tak antara korang yang selalu mengalami situasi sama dengan aku? Agak-agak, apa jawapan yang korang nak bagi kalau soalan ni asyik ditanya sampai telinga korang naik bernanah? Hahaha.



Oleh itu, aku nak tolong korang cipta 10 alasan kenapa lebih suka single. Baikkan aku? Well. Ahaks. So, aku dah listkan beberapa kelebihan mempunyai status 'single'. Alaaaa... macam yang korang letak kat facebook tu. Hihi.

*Peringatan : Entri ini takde niat untuk menyinggung perasaan sape-sape pun. Sama ada yang masih 'single' atau pun bukan. Jadi, amatlah diharapkan, takde pihak yang melatah pun. No hard feeling ok. Just enjoy your reading :)



***



Kenapa 'single' lebih best daripada 'couple'? Sebabnya........





1.  Tak payah risau lambat balas SMS



Biasalah. kalau dah couple, semestinya nak SMS paling kurang pun 3 SMS sehari. Tu pun paling kurang. Selalunya, Seminggu. Kan kan? Alaaaa.... Toksah nak tipulah korang tak pernah SMS dengan pihak satu lagi tu. Setiap hari mesti akan ada sesi SMS punya lah. Setakat tanya soalan normal... "dah makan? dah gosok gigi? dah masuk tandas?". Kalau baik sikit, tanya... "dah solat?" *uhuk uhuk*. Kadang-kadang, tengah sibuk berSMS, mak panggil pulak pergi dapur suruh masak nasi. So, Terlambat sikitlah balas SMS tu. Alaaa lambat sikit je pun. Bukan lama sangat. Dalam 0.583 saat je lambat. Tup tup, pihak satu lagi tu merajuk. Alasannya... "You lambat reply text I". Huh mengada!



So, bagi mengelakkan sesi pergaduhan dan kemerajukan tercipta, terpaksalah orang yang bercouple ni menggendong telefon bimbitnya setiap masa walau ke mana sahaja mereka pergi bagi mengelakkan adegan terlambat balas SMS ini berlaku.



Tapi, bagi orang yang single. Memang tak heran langsung dengan phone dorang. Selalunya tinggalkan aje phone kat dalam bilik dan dorang pergi tengok TV kat ruang tamu. Kalau phone berbunyi menandakan SMS masuk pun, memang buat pandai je sebab tau takde orang lain lagi selain 'kawan baik tersayang' yang hantar SMS tu. Sape lagi kalau bukan HOTLINK mahupun CELCOM center. Bhahaha!

2.  Boleh tidur awal dan mempunyai tidur yang cukup



Kadang-kadang, orang yang bercouple ni sanggup menghabiskan 1/3 daripada waktu malam mereka hanya untuk mendengar suara satu sama lain. Perbualan yang sama setiap hari. "dah makan ke belum, makan apa, dah makan ke belum, makan apa". Perbualan yang sama berulang kali, tapi boleh on the phone sampai berjam-jam. Ish ish ish. Eh mungkin jugak sekali-sekala dorang ni merenung bulan dan mengira bintang bersama-sama. Haha.



Bila dah on the phone sampai berjam-jam, secara tak langsung, masa tidur pun terpaksa dilewatkan sikit. Kebiasaannya, couple ni akan on the phone lepas siapkan kerja. Jadi secara automatiknya, masa paling ideal untuk mendengar suara masing-masing adalah selepas pukul 12 malam. *eh, tau pulak aku! haha*. Kalau dah lambat tidur, mesti lah tak dapat tidur yang cukup. kalau terawal tidur pulak, confirm akan ada berjuta misscall. Sekali lagi sesi kemerajukan tadi akan tercipta. Huh mengada!



So, bagi orang yang single ni, lantak pi lah. Nak tidur awal ke, tak nak tidur ke, takkan ada orang call dan takkan ada 67 miscall punya. Secara tak langsung, takkan ada sesi merajuk dan takkan ada sesi memujuk. Happy nya. Hewhew~


3.  Tak ada masalah untuk usha kaum berlainan jantina setiap masa. Heh?!



Biasanya, bagi orang yang dah couple ni, memang takde can lah nak usha orang lain yang berlainan jantina tu. Yelah, kang kalau terusha, dituduh tak setia pulak. Baru bercouple dah tau erti tak setia, kalau dah kahwin kang lagi teruk pulak kan.



Sebenarnya, kalau lelaki ni usha perempuan lain, dia bukannya ada niat untuk tak setia. Cuma dia nak membuka mata untuk membuat pilihan yang lebih baik je. Hahaha *aku mestilah nak menang kan kaum aku*



Tapi, bagi orang yang single, sesi usha mengusha tu memang sangat dialu-alukan dengan alasan untuk mencari calon yang sesuai. Ahaks! 


4.  Boleh bertegur sapa dengan kawan-kawan berlainan jantina sesuka hati tanpa ada sesiapa marah



Dah puas mengusha tu, mestilah nak bertegur sapa dan beramah mesra pulak kan. Muahahaha. Tapi, kalau korang tu dah berpunya, ingat-ingatlah diri sikit. Silap-silap, even berbual dalam sesi perbincangan kumpulan pun boleh mengundang rasa marah pihak yang satu lagi tu. Apatah lagi nak sembang kencang. Memang kirim salam maut jelah.



Nasib baiklah orang yang single ni boleh buat pape je yang dia suka. Takde orang halang dan takde orang bengang. Asalkan tak melanggar batasan agama dah lah :)


5.  Boleh hangout dengan kawan-kawan sejantina setiap masa tanpa ada sesiapa merajuk mengada-ngada


Lelaki dan perempuan ni sama je. bila dah mengadap minat dorang, terus terlupa dorang tu ada pasangan yang perlu 'dimanjakan'. Haha. bagi yang perempuan, kebiasaannya nombor satu lah bab shopping atau window shopping. Yang lelaki pulak, tak habis-habis dengan bola sepak tak kisah lah EURO mahupun World Cup. *jangan perempuan ni dilayan mcm bola sudah.  Opppsss!


Dengan siapa lagi nak kongsi minat kan? Mestilah dengan kawan-kawan sejantina. Nak harapkan si buaya friend (BF) teman si gila friend (GF) window shopping? Memang tak lah. Baru berjalan 10 minit, kaki si BF dah naik lenguh. Nak harapkan si GF teman si BF tengok bola sepak? Memang tak lah. Tak pasal-pasal si BF disepaknya. Haha!
Sebab tu lah, lelaki ni lebih suka hangout dengan kawan lelaki dia bila tiba bab bola sepak. Lagi-lagi musim EURO hari tu. Terus keluar pepatah "bola sepak di luar negara diagungkan, GF di Malaysia dicicirkan". Haha. Bila dah kena cicir macam tu, mula lah tarik muncung. SMS tak nak reply, call tak nak jawab. Merajuk lagi. Huh mengada!
So, bagi golongan yang single-mingle ni, tak kisah lah korang nak tengok bola sampai lebam ke, shopping sampai pitam ke. Takde sape nak marah dan takde sape nak kisah. Hehe.

6.  Boleh study/buat kerja dengan hati yang tenang



Macam yang aku nyatakan kat atas tadi, kebiasaannya couple ni akan siapkan kerja cepat-cepat, lepas tu on the phone sampai berjam-jam. Tapi, kalau lah masa tu kerja melambak, nak hantar esok pulak, mulalah hati tak tenang. Nak buat kerja pun jadi tunggang-langgang. Lagi-lagi bila pihak yang satu lagi tu dah start hantar SMS atau main misscall misscall. Ahaks. 



Golongan single ni pulak, suka hati lah nak buat kerja sampai esok pagi ke, nak study sepanjang hari ke, memang takde sape nak heran. Takyah sibuk-sibuk kelam-kabut nak siapkan kerja. Hati rasa tenang dan aman damai je. Peace no war ;)

7.  Tak wujud perasaan moody lepas bergaduh



Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula couple masa kini. Hahaha. *sesuka je aku ubah ayat tu* Adatlah, bila dah couple-couple, mula merajuk-merajuk. Pastu gaduh-gaduh. Esoknya moody. Muka dah macam mati laki. Habis semua orang nak diterkamnya. Ala-ala kucing menerkam kura-kura. Hahaha.



Selagi pihak satu lagi tu tak pujuk, memang moody jelah sampai bila-bila. Tapi, kalau diikutkan, tak payah pujuk lagi bagus. Cari lain je, habis citer. Hakhakhak!



Errr... bagi yang single ni, kalau korang rasa jeles tengok adegan gaduh-gaduh tu, korang cari jelah gaduh dengan kawan sendiri. Tapi, sila pastikan tahap kesabaran kawan korang tu berada dalam skala hijau terlebih dahulu. Adalah dinasihatkan jangan cari gaduh dengan orang yang berada dalam skala merah. Kang tak pasal-pasal ada yang makan nasi guna straw.

8.  Tak perlu fikir macam mana nak merajuk atau memujuk



Sikit-sikit merajuk, sikit-sikit nak kena pujuk. Huh mengada! 



Haha. Mungkin ini lah yang selalu dialami oleh couple-couple di luar sana. Jangan cakap perempuan je kaki merajuk. Lelaki pun 2x5 jugak ok. Adegan merajuk-memujuk ni memang adat bagi orang yang couple (termasuk suami isteri. kot?) Motifnya? Saja je nak mengeratkan hubungan silaturrahim. Hahaha.



Alaaa... kalau merajuk sikit-sikit tu ok lagi. Tapi bila dah selalu buat macam tu, memang nak kena bagi pelempang aku rasa. Kehkehkeh.



Apa? orang single pun sibuk nak merajuk? Korang pujuk lah diri sendiri. Haha! 

9.  Paling penting, jimat duit


Korang setuju tak kalau aku katakan bercouple ni memerlukan duit? Haha. toksah nak menidakkan lah. Aku tau sangat ok ;)



Bila dah couple, sedikit sebanyak ada rasa nak jumpa kan. Nak keluar jumpa perlukan duit. Bila dah jumpa pun perlukan duit. Nak makan together-gether lah, nak main boling together-gether lah. Errrr... Semestinya yang lelaki lah kena keluarkan duit kan. Hahaha! Baru gentle habis.



Kalau single dan available ni, toksah risau pasal duit tak cukup. Bukan setakat tak cukup, berlebih lagi haaa....

Ni dia alasan yang terakhir. Korang lebih suka single sebab....

10.  Tak perlu fikir macam mana nak break up bila dah bosan. Haha!

***

Dah habis dah 10 sebab kenapa 'single' lebih best daripada 'couple'. Sekali lagi diingatkan, ni cumalah pandangan dan idea suka-suka aku je. Toksah nak ambik serius sampai meroyan segala ok. Aku tak kata 'couple' tu tak elok, dan aku tak kata 'single' tu bagus. Terpulanglah kepada pentafsiran dan pembawaan diri masing-masing. Yang penting, kita sebagai manusia tetap kena berusaha cari jodoh yang terbaik untuk diri kita jugak. Kalau duduk menunggu je, jodoh tu takkan lah datang tiba-tiba pulak kan. Melainkan, korang ni memang insan terpilih :)