
Saturday, 2 February 2013 | 08:03 | 0 comments
Mengingati Apa Yang Telah Berlaku Dalam Hidup Anda Lebih Daripada Yang Anda Sendiri Ingat
Seorang
lelaki yang serius terhadap perhubungan akan sentiasa berusaha untuk
memenangi hati pasangan mereka. Apabila mereka berusaha keras dan fokus
pada setiap perkataan yang anda luahkan, ia menunjukkan bahawa setiap
luahan adalah amat penting untuk mereka.
Ini
adalah sebagai bukti yang tidak disampaikan dengan kata-kata bahawa
mereka amat menghargai kehadiran anda di dalam kehidupan mereka. Selain
daripada itu, cara ini juga digunakan untuk mengenali diri anda dengan
lebih mendalam.
Mengambil Berat Terhadap Perkara Yang Anda Lakukan
Adalah
tanggungjawab seorang lelaki untuk menjaga seorang wanita. Sekiranya
mereka mengambil berat terhadap perkara yang anda lakukan, ia
menunjukkan bahawa mereka serius terhadap perhubungan. Ini adalah kerana
pada kebiasaannya, lelaki yang hanya berniat untuk bermain akan tidak
memperdulikan terhadap apa yang anda lakukan.
Tiada
perasaan tanggungjawab di dalam diri mereka terhadap diri anda.
Berkemungkinan juga mereka belum bersedia untuk berkongsi hidup atau
menjalinkan hubungan hanya untuk menghilangkan kesunyian mereka sahaja.
Apabila mereka tidak sunyi, anda mungkin akan ditinggalkan.
Berkongsi Masalah
Pada
kebiasaannya, seorang lelaki akan sukar untuk berkongsi masalah
terutamanya melibatkan masalah peribadi. Mereka hanya akan berkongsi
masalah hanya kepada orang yang mereka betul-betul percaya sahaja.
Sekiranya mereka sudah bersedia untuk berkongsi masalah terhadap anda,
ini adalah petunjuk bahawa mereka sudah mempercayai anda dan telah
menerima anda sebahagian daripada hidup mereka.
Tetapi
awas, anda perlu bijak untuk mengesan adakah luahan hati mereka
betul-betul ikhlas atau hanya cuba untuk menagih simpati anda. Seorang
lelaki tidak akan menceritakan semua masalah mereka jika baru sehari dua
berkenalan, kebiasaannya ia mengambil masa yang lama. Jika pada
permulaan perkenalan telah pelbagai masalah dikongsikan dengan anda,
anda sepatutnya lebih berhati-hati.
Wahai
wanita! Penting bagi anda untuk mengenalpasti adakah insan lelaki di
samping anda itu benar-benar serius atau sebaliknya dalam menjalinkan
hubungan dengan anda. Cuba check dengan tips yang diberikan di atas.
Adakah si dia serius atau tidak? Jika tidak, ucapkanlah Hai Hai Bye Bye
pada si dia.