PercintaanSunday, 13 January 2013 | 19:21 | 0 comments
Percintaan
adalah pengalaman paling indah dan sering di dambakan dalam hati setiap insan.
Hidup dirasakan makin berwarna dengan hadirnya. Pemergiannya pula, seakan
merentap jiwa! Sungguh begitu, bibir harus terus melakar senyum. Mata harus
terus memancar ceria. Hati harus berlagu ria walau di selubung seribu duka.
Adakalanya cinta itu tidak dihargai. Dibiarkan sepi. Lantaran keegoan diri
mengatasi kehendak hati.Lalu jadilah diri perindu, yang setia menanti.
Biarpun apa
dikata, kekasih cukup bermakna. Kehadirannya mewarni hidup ini. Yang suram,
kelam bertukar menjadi indah dan mendamaikan. Jiwa dipagut lara, tatkala
kekasih menjauh pergi. Meninggalkan luka dan duka yang tiada ubatnya! Kekasih, insan
paling mulia, anugerah Tuhan. Pembakar semangat, penyokong paling kuat saat
diri rebah tersungkur. Kekasih yang menunjuk jalan, memberi bantuan,
meringankan beban.
Apa yang
saya mahu hanyalah satu. Saya hanya mahu kekasih yang mengerti. Dan kembali ke
sisi. Doa dan harapan, agar dia akan selalu dirahmati, meski perit kian
mencengakam. Di bilik derita yang tak pernah padam, dari sebuah kehilangan yang
menyakitkan.
Ya Tuhan,
tabahkan hatiku agar luka ini mampu kurawat sendiri. Lara itu mampu kujahit
sendiri. Berikanku pengertian seperti mengertinya insan-insan yang terdahulu.
Mengujiku adalah mainan-Mu. Memberi padaku juga adalah limpahan kurnia-Mu.
Mengambil juga adalah hak-Mu. Semoga aku kian berani menempuh hari-hari-Mu.
InsyaAllah.






Know me
I love Allah S.W.T & Nabi Muhammad
I love my big familys. Memahami karenah saya walaupun saya ni nakal & comel.
I love my friends. Why? Kami buddyz, tak kan terpisah!
I love makan masakan mak dan masakan saya. Hehe
I love air milo ais. Kalau makan kat luar, air tu yang selalu saya order. Simple right?
I love makan aiskrim cornetto
I love main game a lot. Haha why? No other girl like me ;)
I love skating
I love yuzshahriyusoff. 

You can copy any code or open the source view pages in my blog.
Do not take freebies or tips - tips in this blog and make your property.
Do not comment annoying things and fooling around in the blog.
