L O V E M E M O R Y L A N E ⚤
about stuffs links home twitter


Chat me maybe?



Thanks : c r e d i t .


Jatuh cinta?
Friday, 11 January 2013 | 08:28 | 0 comments

Sejak sekolah dah bermula, jarang nak update blog. So hari minggu ni nak spend time dengan blog kesayanganku ni. Hehehe. Ok. Pernah tak korang couple dengan seseorang, pastu korang sayang gila kat dia? Of course lah kan. Dan pernah tak korang kena tinggalkan dengan pasangan korang. Contohnya, dia tinggalkan korang dalam keadaan terdesak, tak pun dia ada sebab tertentu, tak pun dia dah ada perempuan baru dan macam-macam lagi right? Kadang-kadang kita rasa letih sangat-sangat bila dah berapa kali gagal dalam bercinta. Kemudian nak mencari cinta balik, nak mula bercinta balik, nak mula belajar mengenal balik, nak memikat balik, nak jaga itu nak jaga ini, rasa macam aduuuhh…. AGAIN?

  • Starting all over again tu seolah-olah satu penyeksaan sebenarnya. The process is HARD! It's never get easy. Unless kalau bangsa tak ada feelings memang mudahlah kan. Malaslah nak cakap.
Kita yang mudah sayangkan orang ni. Fuhhh memang susah nak kawal sebenarnya, lebih-lebih lagi orang yang berdepan dengan kita tu penyayang, manja, caring… Habislah kita. Mesti meelting habiskan? Hehehe :D

JATUH CINTA LAGI… dah cuba elak, cuba tak nak rapat, cuba melupakan semua kenikmatan percintaan itu… tapi RASA itu tiba-tiba menjelma. I'm serious ni, memang tiba-tiba menjelma entah dari mana, sedar-sedar… "Aduuhh sayangnya aku kat dia! Haaa kan... Memang susah untuk melawannya takdir.

"Sebab itulah ramai yang sudah berpunya pun, boleh jatuh cinta lagi… Yang sudah berkahwin pun, lagi mudah jatuh cinta, lebih-lebih lagi apabila pasangan tidak berapa kisah sangat. Tidak menghiraukan pasangan dia sangat… Yang hadir pula caring gila-gila, sangat  mengambil berat… Kemain kacak pulak tu. Love is in the air lah kan… Segala keletihan hilang, segala benci dilupakan begitu saja".
Selalunya, yang bukan kita plan itulah yang MENJADI…
Secara kronologinya :

  • Bukan kita nak berkenalan dengan dia pun, maybe niat sebenar nak cari kawan lama. Kebetulan dia kenal. So minta tolong dia lah kan.
  • Lagi pun maybe bila kita tengok kat dia tu, memang takkan dia nak kat kita ni lah kan.
  • Apalah sangat diri kita ni, asal pun dari kampung takkan laaa dia yang moden dan sofistikated tu boleh layan kita pula kan…
  • Tetapi, hari makin hari melayan… Lama-lama muncul rasa kasih.
  • Hanya dari perbualan seharian saja sudah timbul rasa sayang.
  • Aduuhhh, best ke… JATUH CINTA LAGI?!
Entah-entah dia lagi lah tak plan. Sememangnya dia bangsa mudah mesra dan penyayang dengan semua orang. Tiba-tiba kita yang syok sorang. Hahaha :D Dia sebenarnya tak ada rasa apa-apa pun kat kita maluuu woi! Itu yang menjadikan jatuh cinta ini bertambah letih tu…

THE GAMES! – Permainan di sebalik proses percintaan tu yang buat kadang-kadang gila dibuatnya. Jiwa kita yang terus-terusan tertanya-tanya…

  • "Dapat ke tak dapat ni? Dia nak kat aku ke tak? Ke dia ada orang lain yang dia minat? Tapi dia layan aku best… Macam mana ek?"
Dia pulak,
  • "Aku suka dia, suka berkawan dengan dia… best sangat, happy… tapi aku nak kat yang lain, ishh… macam mana ni yang mana satu aku nak? Kan nanti aku tinggalkan yang ini… yang itu pulak tak nak kat aku?! ADOI"
THE FACT IS…
Tuhan Allah s.w.t telah temukan kita berdua tu atau kita dan dia tu, mestilah kerana sesuatu… I'm very sure must have something lah kan! Tapi, takkan Tuhan nak bagi bergolek… Siap dalam dulang… Mana boleh! Dia bagi jalan jelah… Kitalah yang mencipta peluang itu atau kita hanya membiarkan peluang itu berlalu…

  • Tuhan sudah memberi pertemuan itu… tetapi RAMAI di antara kita hanya mahu melihat yang lain, jauh dari pertemuan yang mudah itu. Yang lebih bersifat terancang… yang dok syok, dok tengok… yang dok target punya lama tak dapat-dapat tu. Hehehe.
Dari dulu lagi ada orang selalu berkata, "FALLING in LOVE is EASY… KEEPING it, is HARD!" Jatuh cinta itu mudah, mengekalkan cinta itu yang susah. Yang peliknya, kita yang tidak mahu percaya, jatuh cinta itu mudah, lantas kita yang menyusahkannya lagi dengan menolak cinta di depan mata, sebaliknya mengutamakan yang seberang sana! Boleh bukan tak boleh nak pilih yang jauh, yang susah dan yang mana sekali pun NAMUN… Cuba renung sejenak…

"MENGEKALKAN cinta itu dah susah…AMAT PANJANG pula perjalanan cinta tu. Bukan hanya setakat nak mencari cinta atau jatuh cinta saja… Waktu bercinta lagi, kemudian bercinta dengan kaum keluarganya lagi. Mengharungi percintaan dalam rumah tangga lagi… Mengharungi hidup berkeluarga dan menjaga zuriat lagi. Fuuhh…. Penuh dengan dugaan dan cabaran, Susah semua tu! Jadi mengapa nak menambah lagi susah yang memang sudah menunggu?"
Bila dah JATUH CINTA LAGI tu… Go ahead je lah ;)

  • Namun tentu saja bagus kalau kita jadi yang sedikit memilih demi masa depan yang membahagiakan. Tetapi jangan memilih sampai langsung tidak mencuba.

  • Take it macam ni, orang yang kahwin 20 tahun pun boleh bercerai… Anggap ianya adalah satu proses, nasib dan takdir Allah s.w.t yang tentukan… Jika ada rezeki kita, InsyaAllah kekal sehingga akhir hayat.

  • Apa nak jadi untuk masa depan tu… Kita berusaha, redha dan pasrah kepada Maha Esa, at least kita memberi peluang kepada diri kita sendiri. Akhir kata, saya tinggalkan dengan sedikit kata-kata perangsang dan semangat cinta untuk anda semua…
MUTIARA KATA dari Sistor Zee :D

Jika dari hembusan angin, muncul jodoh di depan mata,
Lalu cinta hadir melayang-layang diudara…
Sambarlah ia bersama-sama,
Mana tahu hadirnya dia adalah utusan emas dari Yang Maha berkuasa…
Kita hanya merancang dia yang menentukan segala-galanya,
Maka berserahlah kepadaNya.
Redha…dan jatuhlah cinta lagi… Apa salahnya?
Sekiranya kita tahu menghargai cinta pastinya ia akan menjadi lebih indah! Always, believe in LOVE! ;)