Monday, 14 January 2013 | 23:00 | 0 comments
Awak,
keindahan tercipta apabila saya dan awak menjadi pasangan kekasih yang
terindah. Kenangan di antara kita berdua terlalu payah untuk saya lupakan.
Hingga saat ini memori yang tersemat di kalbu membuat hati kecil ini terdetik
betapa saya amat menyayangimu. Rindunya diri ini pada memori bahagia yang
tercipta itu. Alangkah bahagianya perhubungan yang kita jalinkan bersama. Bagai
isi dengan kuku. Tidak dapat dipisahkan. Kita selalu tetap berdua. Namun kini
ia tinggal impian. Keindahan yang terbentuk itu telah lenyap! Putus begitu
saja. Bak layang-layang terputus talinya! Terlalu mudah awak berlalu pergi.
Meninggalkan saya terkontang-kanting seorang diri. Setelah awak hadir dan
menerangi hidup ini. Nyata awak sama seperti manusia-manusia yang lain. Yang
menzalimi dan melukai saya. Biarpun begitu, hati ini terlalu lembut. Saya masih
tetap menyayangi awak. Meski awak semakin jauh…
Awak
tahukah, awak lah kekasih hati yang paling saya sayangi. Tatkala perhubungan
ini menemui jalan akhirnya, nyawa saya seperti tersekat! Nafas saya seakan
terhenti! Umpama menanti kematian yang berkunjung datang. Begitu terseksanya
saya! Saya kehilangan awak. Yang saya anggap seperti keluarga saya sendiri.
Hati ini, luluh! Hancur dan musnah sekelip mata! Tak mampu saya luahkan betapa
sengsaranya saya. Hanya Yang Maha Esa mengetahui segala-galanya. Segenap hati
saya ini, saya tidak pernah cuba menggangap awak musuh saya. Walaupun awak
telah mencambah luka di jiwa. Namun, saya masih tertanya-tanya, kenapa harus
awak pergi tinggalkan saya? Tidakkah kasihan di hatimu? Tidakkah awak merasa
berat hati melepaskan saya pergi? Ke manakah hilang janji-janji yang pernah
awak lafazkan dulu pada saya? Ingin sekali saya berteriak, melepaskan benci
pada awak! Memaki awak sekuat hati! Saya benci awak! Saya benci sangat-sangat!
Tapi saya tak mampu. Itu bukan saya! Saya tak berdaya membenci awak!
Awak, untuk
bersama awak kembali, saya tetap berusaha mencari jalan. Niat saya hanya satu.
Semoga awak pulang semula kepangkuan saya. Apa jua yang awak lakukan, tetap
saya balas dengan doa menggunung tinggi. Saya berdoa pada Tuhan agar pintu hati
awak terbuka untuk menerima saya semula dan hati awak cuma hanyalah untuk saya
seorang saja. Tahukah awak cinta hati yang saya sanjungi? Sifat awak…
Segala-galanya tentang awak membuat saya sayang pada awak. Segala-galanya
tentang awak membuat saya mampu mengukir senyum. Biar hanya untuk seketika.
Kini setelah saya kehilangan awak, semua itu hanyalah tinggal bayangan! Saya tidak lagi mempunyai pengganti, selain kamu yang teristimewa! Sungguhpun saya sendirian, hati ini tetap utuh dan kukuh. Juga tabah mengharungi dugaan yang diberi. Setiap hari saya cuba untuk melupakan diri awak. Pun begitu, jiwa ini kuat mendesak, kenapa harus saya melupan awak sedangkan hati ini kuat menyayangi awak? Hmm… Kerana saya sudah tidak ingin berharap apa-apa lagi! Saya mulai sedar diri ini. Mengerti kedudukan saya di sisi awak. Saya tidak layak untuk menjadi kekasih awak. Saya sudah tak awak perlukan lagi! Awak dah tak pedulikan saya lagi! Dan yang pasti, tiada lagi sisa sayang awak pada diri saya ini.

Biar pahit
saya telan semua ini, apalah daya saya untuk melupakan awak. Saya akui semua
ini ketentuan ilahi. Saya tidak brupaya melawan takdirnya. Apalah daya saya
duhai kekasih. Tika ini, tangisan masih membasahi pipi. Namun, ia sudah tidak
membawa apa-apa erti untuk awak lagi. Cuma saya ingin awak mengerti. Tangisan
ini adalah bukti kerinduan yang bersarang di hati, seorang insan yang bernama
kekasih. Saya lah insan itu, yang sedang dan akan selalu merindui awak.
Cukuplah saya terseksa kerana sesuatu yang tak terbalas. Ada waktunya saya
terfikir, kenapa awak tidak bimbang akan kehilangan saya? Betapa bodohnya saya!
Mengharapkan sesuatu yang tidak pasti! Tapi moga hari ini mendatang akan menyinari
hidup saya. Dan tiada lagi kerinduan dan tangisan saya buangkan untuk awak.
Kerana ia sudah tidak bererti. Cukuplah saya yang bodoh! Menyayangi awak
seperti tiada insan lain dapat menggantikan awak di muka bumi ini!
Awak, sudah
lama saya menunggu awak. Hingga kini, tidak sekelumitpun dapat saya lupakan
hubungan kita dulu. Saban hari saya memikirkan jalan untuk membuat awak kembali
semula pada saya. Namun saya masih gagal. Ataupun saya lakukan untuk awak,
langsung tidak awak peduli. Ibarat saya tidak lagi wujud di dunia ini. Awak,
pertanyaan terakhir dari saya, manakah janji yang pernah awak tabur dulu?
Dimana awak letak diri saya ini? Siapakah saya sebenarnya di mata awak? Apakah
saya tidak layak untuk awak? Kerdilkah saya? Jahat sangatkah saya hingga awak
tidak menganggap saya ini kekasih awak dulu?
Awak, saya pernah menyatakan betapa saya membenci awak. Tapi hati saya ini menafikannya. Namun begitu, bagi saya, awak insan yang tiada perasaan. Kalimah terakhir awak seru pada saya… “Awak, saya sayang awak sangat-sangat. Kalau boleh saya nak jaga awak. Saya tak nak lepaskan awak. Saya janji tak kan tinggalkan awak. Sebab saya sayang dekat awak. Awak pun janji jangan tinggalkan saya”. Hmm… YA, SAYA JANJI! Itulah janji saya buat awak kerana saya amat menyayangi awak. Awak banyak mengajar saya apa itu erti sebuah perhubungan. Perhubungan yang benar-benar saya inginkan! Di kala senang mahupun susah.

Saya masih
kecewa dengan sikap awak. Awak… Seandainya awak membaca coretan hati saya ini,
dan sekiranya pintu hati awak terbuka semula untuk saya, percayalah, saya masih
tetap menunggu awak. Saya masih tercari-cari insan di dunia ini yang dapat
menemani saya. Namun hingga kini saya masih sendiri. Begitu terlukanya hati ini
apabila melihat insan-insan lain bersama kekasih tersayang. Yang pasti saya tidak
lagi merasai kebahagiaan itu.
Sampai bila harus saya hidup begini? Tiada noktah dan persinggahnnya. Apa yang dapat saya perjuangkan? Melawan takdir ilahi yang sememangnya tidak mampu saya lakukan. Perhubungan yang saya cari membuat saya putus asa. Tiada seorang pun insan yang saya temui kaya sifat setianya, lemah lembut bahasanya, yang paling penting seorang yang mengambil berat tentang saya. Apakah ia telah pupus dek zaman? Bagai bulan disambar petir, bagai hujan yang membasahi bumi. Seperti itukah saya. Tiada batas keperitannya. Perasaan yang saya pendam ini tiada sesiapapun yang mengetahui. Apa yang harus saya lakukan, pergi jauh terus dari hidup awak dan lupakan segala kenangan kita dulu. Namun apa yang saya coretkan ini hanyalah untuk mengkhabarkan kepada awak. Betapa di dalam dunia indah ini, wujudnya seorang gadis telah betahun rasanya mengusung rindu dan wujudnya seorang gadis kesepian. Aku lah gadis itu. Apalah daya hati ini, kerana tidak mampu saya curahkan semuanya. Biarlah ia menjadi rahsia dalam hati saya. Buat selamanya…