L O V E M E M O R Y L A N E ⚤
about stuffs links home twitter


Chat me maybe?



Thanks : c r e d i t .


Rindu Hero saya!
Wednesday, 26 December 2012 | 08:30 | 0 comments


Tak sempat saya menyeka air mata saya terus mengalir dengan laju sekali :'( Semua kenangan antara saya dan awak berlegar-legar di dalam kotak fikiran saya. Ya Allah, saya tak dapat menahan rindu saya pada awak, dan saya berdoa agar awak dapat merasakan perasaan rindu saya ini pada awak. Kehilangan awak amat berat bagi saya. Kerana awak yang saya sayang, awak jugalah yang saya cinta. Dari orang yang betul saya rindu. Kalaulah awak tahu yang saya nak sangat awak kembali macam dulu, saya rindu sangat kat awak, sayang sangat kat awak :'(

Jujur saya cakap, saya betul-betul rindukan awak. Saya cuba hidup tanpa awak tapi tak boleh sebab saya terlalu sayangkan awak, saya terlalu cintakan awak... Awak saya jahatkan? Saya mengaku saya jahat. Saya tak kisah awak nak cakap saya tak malu pun sebab saya betul-betul cintakan awak. Saya tahu memang awak takkan terima saya kembali, tapi biarlah saya lepaskan kerinduan saya ni dengan
menghantar mesej pada awak. Saya betul-betul rindukan awak. Bila saya rindu awak, saya akan ingat semua kenangan kita. Saat kita senang, susah sedih. Saya rinduuuuu... Saya akan tatap gambar awak bila saya rindu awak sangat-sangat dan saya akan baca semua mesej-mesej yang awak send kat saya. Sesungguhnya saya memang rindu awak.
 
Nak tulis apa lagi? Entah... Sumpah sedih :( Saya nak pesan, awak tolong jangan give up dalam hidup ni. Awak kena kuat! Saya kuatkan awak? Saya tomboy. Hehehe. Saya tak tau nak buat macam mana dah bagi hati saya kuat nak lepas awak pergi ni. Saya harap walau jauh macam mana pun, awak takkan pernah berubah. Awak akan still jadi lelaki matang yang hebat, soleh, baik, tenang, comel, smart and yang penting awak hero saya. Hehehe. Betul awak cakap, kalau saya rindu awak, pejam mata then awak akan muncul. Awak harus tahu... awak muncul dalam hidup saya dimana-mana saja. Saya selalu rasa awak dekat dengan saya. Maybe Allah saja bagi perasaan tu kat saya supaya saya boleh rasa awak sentiasa di sisi saya. Saya tenang sejak ada dengan awak. Awak buat saya berubah. Awak buat saya jadi lebih baik (walaupun masih dalam proses) Saya dah tak keluar lewat-lewat malam sebab awak selalu pesan "jangan balik lewat-lewat tau" Setiap pesanan awak amat bermakna dalam hidup saya :')

Awak selalu cuba nak jadi yang terbaik. Awak selalu minta maaf atas kesalahan yang awak tak pernah lakukan. Awak selalu keluarkan ayat-ayat yang boleh buat saya tenang. Awak semangat saya. Selain family, saya amat memerlukan sokongan dan semangat dari awak. Asal awak tahu, awak adalah tulang belakang saya. Doa-doa yang awak aminkan setiap hari buat hidup saya semakin bermakna, dan sebab awak juga lah saya semakin kuat dan comel. Hehehe. Awak selalu sibukkan diri awak dengan melakukan macam-macam benda. Takpe awak. Saya akan selalu faham. Awak jangan risau saya kat sini. Jangan terlalu jaga perasaan saya. Saya ok je lah awak. Saya akan sentiasa faham awak. Walau apa pun yang awak buat, walau apa keputusan awak, saya akan support.

Walaupun jauh awak dengan saya tapi awak selalu dekat di hati saya. Kalau naik kereta ke apa, hati-hati. Awak pun tak bagi saya pergi mana-mana kan sebab bahaya. Yup, saya tahu. If awak nak pergi mana-mana asalkan take good care of yourself. Promise eh? :)


Awak, dah berpuluh kali saya dengar lagu "Jangan menangis sayang" ni. Lagu yang kite berduet time tu. Sedih lah.  Awak pun jangan lupa, talking to the moon ok! Setiap kali awak nampak bulan, awak ingat ya, saya tengok bulan yang sama dengan awak. Yup. Saya akan ingat selalu :') Ermmm, awak terima kasih atas segalanya, terima kasih atas curahan kasih sayang, masa dan barang kesayangan awak yang awak dah bagi untuk saya. Terima kasih untuk beg tu. Setiap hari saya tidur, wajah awak selalu muncul dalam mimpi saya. Awak jangan risau, beg yang awak hadiahkan tu selamat dengan saya. Awak pun jaga teddybear kura-kura saya tu baik-baik ehhh. Hanya tu je yang saya mampu bagi untuk awak. Kalau saya kaya, dah lama saya beli Ferrari, kita naik ronda satu dunia especially pergi Parkson tempat 'favorite' awak masa awak stay kt Seremban. Erk.

Aaaaaa, ok makin lama, makin basah keyboard saya ni. Tapi saya kuat! Awak jangan lupakan saya ehhh? Promise? Nanti saya lagi sedih. Hisyabuddin, thanks atas nyanyian awak "Hati ini bukan milikku lagi. Seribu tahun pun akan ku nanti kan kamu. Sayangku jangan kau persoalkan siapa di hatiku, terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu" Hehehe. Awak tanya saya sama ada saya sayang awak lagi kan, taknak lah sekadar luahan dari bibir yang saya lontarkan. Saya nak ukir juga kat blog saya ni "SAYA SAYANG AWAK MOHD NUR HISYABUDDIN BIN ROSLI dan SAYA AKAN TUNGGU AWAK BALIK."

Awak jangan risau pasal saya kat sini. Saya baik-baik saja. Cuma life saya agak empty bila dah jauh dari awak. Anyway, raya nanti awak datang rumah saya ehh? Ok, saya tunggu :) Ok awak, hati saya hancur kat sini. Cepat-cepat balik, dan tolong cantumkan semula. Saya perlu awak :'(  Saya nak selalu bersama awak, dan saya akan selalu tunggu awak. Saya harap awak tetap akan jadi Tuan Budin yang smart, kacak, suara sedap, baik, tenang, cool, sangat menghormati dan yang paling penting, pakar kaunseling saya. If saya ada buat silap, harap awak tegur ya. Saya akan selalu rindukan awak. SELALU. Dan saya dah mula rindukan awak, hero saya :')