L O V E M E M O R Y L A N E ⚤
about stuffs links home twitter


Chat me maybe?



Thanks : c r e d i t .


Jauh dimata, dekat dihati
Tuesday, 25 December 2012 | 06:38 | 0 comments


Cinta bukanlah suatu perasaan yang biasa. Ia hadir tanpa diduga tatkala kita alpa mencari dunia. Meskipun ada kalanya pasangan bercinta ini tinggal berjauhan namun ia bukanlah penghalang untuk cinta mereka terus bersemi. Jarak ternyata bukan penghalang. Apatah lagi pada zaman yang dipenuhi alatan canggih yang bisa saja menghubungkan sesiapa yang ingin berhubungan. Adapun lambakan kecanggihan dunia yang boleh kita miliki namun ia tidak dapat menandingi hati yang dicipta Allah s.w.t. Hati bisa menghubungkan dua insan yang tinggal berjauhan tanpa perlu kita mendail sebarang nombor, tanpa perlu kita menekan apa-apa butang dan tanpa perlu sebarang soket disambung ke mana-mana plug. Ia bisa saja terjadi hanya dengan kemahuan dua insan atas izin Yang Maha Esa.

Hal yang manis itu adalah ketika dua insan saling rindu, namun tidak berkomunikasi, tetapi keduanya saling mendoakan di dalam sujudnya masing-masing.

"Hati yang tidak nampak dek mata kasar hakikatnya merupakan alatan yang paling canggih dalam kita berhubungan" 


Maka kemudian terbitlah satu falsafah cinta yang berbunyi, "Jauh di mata, dekat di hati". Pada suatu masa dahulu, hanya surat serta kad ucapan yang menjadi pengganti diri. Walaupun demikian, cinta datuk nenek kita pada waktu dahulu ternyata berkekalan hingga ke akhir hayat. Lalu, kita di zaman yang serba moden ini ternyata bertuah kerana dilengkapi segala kemudahan yang bakal memudahkan kita dalam berhubungan. Meskipun dia jauh di mata namun senantiasa dekat di hati.

"Dengan adanya dia di hati, jarak bukan lagi penghalang. Suaranya sentiasa terngiang, wajahnya pula selalu terbayang" 

Kiranya benar itu cinta maka janganlah lagi kita berduka. Jarak bukanlah pemisah yang menjauhkan dua jiwa yang duduk berjauhan. Jarak itu hanya sekadar halangan sementara yang tidak memberi apa-apa kesan kepada dua insan yang benar-benar ikhlas dalam mengharungi perhubungan cinta. Ingatlah selalu bahawa hati yang ikhlas pada cinta sama sekali tidak akan berduka kerana kita mengerti bahawa dia akan sentiasa tersemat di jiwa dan hati kita takkan lagi sepi buat selamanya. Peluang itu hanya datang sekali. Dan sudah tentu takkan kita lepaskan peluang yang terhidang di depan mata ini. Keistimewaan yang terpancar membuatkan kita bertambah bersyukur dengan peluang yang kita terima ini. Harapan itu ada di mana-mana dan haruslah kita percaya bahawa ia akan sentiasa bersama kita asalkan kita membawa diri kita ke arah usaha mendapatkannya. Maka tidak hairanlah jika pada mulanya, harapan itu masih belum wujud kerana ia bukan untuk diberi tetapi untuk diperolehi. Janganlah kita lekas pasrah dan berputus asa dalam hidup ini. Pastinya ada sahaja jalan yang bisa kita lalui asalkan kita benar2 punya keinginan mendapatkannya. Mana mungkin apa yang kita kehendaki itu jatuh ke riba tanpa usaha yang begitu ke arahnya.