L O V E M E M O R Y L A N E ⚤
about stuffs links home twitter


Chat me maybe?



Thanks : c r e d i t .


Happy 10monthsary dear
Monday, 3 December 2012 | 08:59 | 0 comments


Cinta itu adalah anugrah terindah dari Tuhan, Aku bersujud dan berdoa pada Tuhan, dan akhirnya kutemukan Anugerah terindah itu iaitu kamu. Kebahagiaanku belum sempurna tanpa dirimu di sisiku. Apapun yang kulakukan tidak membuatku bahagia, kecuali jika aku melakukan sesuatu hal untukmu. Terima kasih sayangku kamu telah membuatku bahagia selama ini, untuk itu aku akan setia di hatimu hari ini dan sampai bila-bilapun. Selama nafas ini masih ada, selama jantung ini masih berdenyut, aku tidak akan berhenti mencintaimu dan membahagiakanmu. Memilikimu adalah hal yang terindah dalam hidupku. Wajahmu tidak membuatku jemu, senyummu juga tidak boleh membuatku terpaku, kecuali ketulusanmu mencintaiku yang membuat hatiku terus berada hatimu. Saat aku tidak mesej kt kamu, bukan berarti aku melupakanmu, tapi aku hanya memberi waktu buat kau MENGINGATI AKU! Aku tidak minta bintang atau bulan kepadamu. Cukup temani aku selamanya di bawah cahayanya. Bagaimana kalau kita berdua jadi kumpulan penjahat? Aku mencuri hatimu, dan kamu mencuri hatiku? Aku ingin bersamamu cuma pada dua waktu. SEKARANG dan SELAMANYA. Jika aku boleh jadi bahagian dari dirimu, aku mahu jadi air matamu, yang tersimpan di hatimu, lahir dari matamu, hidup di pipimu, dan mati di bibirmu. Aku selalu berusaha tak menangis keranamu, kerana setiap butir yang jatuh, hanya makin mengingatkan, betapa aku tak boleh melepaskanmu. Di matamu aku bukan siapa-siapa, bukan teman, sahabat, bahkan saudara melainkan orang asing. Namun biarlah orang asing ini singgah sejenak dalam istana cintamu walau hanya sedetik. Dia akan sedih bila kau mahu dia tinggalkan kau bila kau tak mampu dan tak boleh bersamaku lagi. Ketika mentari tak mampu menyinari harimu lagi, kau tak usah meragu, ketika sungai tak mampu mengaliri bumi ini lagi, kau tak usah bersedih, kerana cintaku kan selalu ada untukmu.
 

“Ya Allah... Jikalau cinta ini adalah ketertawanan, tawanlah hatiku dengan cinta kepada-Mu,agar tidak ada lagi yang dapat menawan hatiku... Jikalau rindu ini adalah rasa sakit, penuhilah rasa sakit ini dengan rindu kepada-Mu….”  

Aku tak banyak mengerti tentang cinta. Aku tak boleh fahami makna terdalam cinta. Namun disaat aku ingat dia, semua tu ada berkata dalam hati. Aku mencintai dia :'( Aku bagaikan seperti anak kecil yang bermain ditepian pantai dan secara tidak sengaja menemukan sebuah karang yang cantik. Namun engkau berhasil merangkai karang tersebut menjadi sebuah perhiasan yang indah.
 
Jalan-jalan ke kota paris
Banyak rumah berbaris-baris
Biar mati diujung keris
Asal dapat kau yang manis

 

Ke cimanggis membeli kopiah
Kopiah indah kan kau dapati
Begitu banyak lelaki yang singgah
Hanya kau yang memikat hati

 
Jika aku seorang pemburu
Anak rusa kan kudapati
Jika kau merasa cemburu

Tanda cinta masih sejati
 

Dari mana datangnya lintah
Dari sawah turun ke kali
Dari mana datangnya cinta
Dari mata turun ke hati

Saya sayang awak. Dengan hati yang tulus. Dalamnya cinta yang begitu putih. Pejamkan matamu. Rasakan dari hati kehati. Kecupan hangat didahimu. Tanda kasih sayangku. Dan esok pagi bukalah matamu. Lihatlah indahnya surya pagi menyapamu. Bersama doaku yang akan selalu menyinari langkahmu. Jangan berhenti mencintaiku. Setiap perbuatanmu telah membentuk sikapmu menjadi lebih matang dan selalu membawamu kearah yang lebih baik. Sarang ham-nida :')

Sincerely from my heart :
Hajar Hazirah :')