L O V E M E M O R Y L A N E ⚤
about stuffs links home twitter


Chat me maybe?



Thanks : c r e d i t .


Bukan disebabkan dendam
Monday, 10 December 2012 | 23:52 | 0 comments



Hari ni mood aku kurang baik. Tak tahu kenapa secara tak langsung aku dapat ilham untuk menulis sesuatu. Cerita yang agak lama tersimpan, cerita yang aku dah lama nak tulis, cerita yang banyak mengajar aku tentang jatuh cinta. Mungkin sekadar cerita bodoh di sini tapi sebenarnya sebuah pengalaman bagi aku. Pada aku jatuh cinta sebuah satu perasaan yang tak boleh nak di gambarkan, memang cukup indah. Boleh buat aku tersenyum sorang-sorang, berangan, dan mula melakar impian. Tapi macam mana pulak kalau cinta yang baru nak mekar tu di patahkan secara tiba-tiba? Aku tahu perasaan itu, sakit sangat! Sebab aku pernah mengalaminya dan aku sangat-sangat benci bila itu terjadi pada aku. Pertame kali aku tahu apa itu kecewa bila diputuskan. Sejak tu, takde lagi lirik-lirik lagu untuk aku, takde lagi perasaan indah dan takde lagi angan-angan kosong. Aku berhenti menghubungi dia dan menjauhkan diri. Dia pun tak pernah menghubungi aku lagi. Aku membodohkan diri dengan memikirkan benda-benda semua ni. Cukup bodoh! Aku malu sangat, aku hampir-hampir hilang tumpuan untuk belajar. Nasib baiklah otak aku ni tak bengap sangat. Dengan rasa kecewa and malu, aku teruskan hari-hari aku macam biasa, aku nak habiskan semua pelajaran aku and cuba melupakan apa yang dah berlaku. Kawan-kawan aku banyak membantu. Agak lama masa yang aku ambil untuk lupakan semua ni. Meninggalkan perasaan aku begitu saja. Aku tak mahu fikir tentang dia dan pengalaman bodoh tu lagi, masa depan masih jauh. Selama tiga bulan aku single, apa yang aku buat sepanjang hari surf internet je. Aku selalu melayari satu laman sosial yang dipanggil 'Facebook', laman sosial budak-budak! Huh! Haha. Whatever lah~ Berbalik pada cerita aku, aku mengenali seseorang dari situ, Mr.H R. Muka dia sangat-sangatlah sweet, buat aku terpaku bila tengok dia. Dari situ kami sambung berborak-borak kat 'Chatting' pulak. Hampir setiap hari message dia and berchatting dengan dia, bercerita tentang macam-macam hal. Aku senang mengenali dia. Kami selalu berhubung. Dia sangat-sangatlah caring dan sweet, sangat pandai berkata-berkata, setiap kata-kata dia sopan saja dari pandangan aku. Dia jugak selalu buat aku terbang ke alam maya. Indahnya! Dia memang lelaki bermulut manis dan mampu mencairkan hati sesiapapun dengan muka dan kata-katanya. Dia menunjukkan seolah-olah terlalu caring pasal aku, dia buat aku rasa semakin suka pada dia. Sampai lah satu hari, dia ajak berjumpa. Jenuh jugak aku nak cuba untuk nampak elok depan cermin. Nervous je hati ni. Dup dap dup dap. Laju je hati aku. Dia datang, first time kami pergi lepak and berborak panjang. Dia banyak buat aku ketawa. Dia jugak lah orang pertama yang panggil aku 'Vee' gara-gara muka aku time rambut panjang serupa dengan artis 'Vanida Imran'. Haha tapi rasa macam kelakar jugak. Kami rapat, dia mengaku dia suka and sayangkan aku, tapi dia belum ready untuk sebarang commitment. Aku pun tak kisah sebab aku senang dengan dia. Aku akui aku mula suka and sayang kat dia. Aku selalu fikirkan dia. Aku happy bila keluar karaoke dengan dia, and dia buat aku rasa macam penting. Aku mula berharap, aku sanggup tunggu dia. Aku mahu dia jadi milik aku. Aku tolak sesiapa je yang datang dalam hati aku and yang mintak couple dengan aku, hanya kerana dia. Dia bagi aku harapan. Sah! Aku memang suka dia. Walaupun ada sesetengah perkara yang aku ragu tentang dia tapi aku tak kisah. Dia dipindahkan ke Sarawak. Pada masa tu aku memang tak boleh bayangkan bila dia dah takde untuk happy kan aku, buat lawak untuk aku and takde siapa yang nak amik berat pasal aku lagi. Dia mintak aku tunggu and aku dah nekad nak tunggu dia. Time dia kat sana, ada jugak dia contact aku kadang-kadang, aku rindu sangat kat dia. Bila dia layan sesorang dengan perempuan kat 'Facebook', aku mula rasa jealous, aku mula jauhkan diri, aku cuba tak nak jawab call dia. Tapi susah, satu hari tu aku jawab jugak and aku terpaksa buangkan ego aku semata-mata dia. Aku mengaku aku memang dah sayang sangat-sangat kat dia. Dia pandai memujuk, dia kata kat aku supaya aku tak perlu risau dia kat sana, dia cuma nak aku tunggu dia balik. Aku tenang sekejap. Aku tunggu dan tunggu lagi.  Hari-hari aku cuma tunggu dia, tunggu sms dia. Selalu rindu kat dia, aku macam lupa semuanya gara-gara dia. Hubungan aku dengan dia dah selama beberapa bulan. Time raya, aku buat openhouse and jemput ramai orang, tapi dia satu-satunya orang yang aku tunggu sepanjang hari. Aku asyik sms dia je tanya bila nak datang Seremban lagi and dia suruh aku sabar tunggu dia, jadi aku tunggu. Aku bersabar demi dia. Mr.H R, TERIMA KASIH banyak-banyak buat aku macam ni, thank a lot my dear! Sakit hati and cukup sakit lagi hati aku menahan perasaan rindu ni. Aku terus tersenyum, aku memang hebat memalsukan senyuman. And aku hantar kau pergi dengan air mata dalam hati je. Cukuplah! Aku tak kan cari kau lagi. Aku bunuh segala rasa dalam hati untuk kau. Aku terasa bodoh, tersungkur lagi kerana lelaki. Aku teruskan hidup macam biasa, habiskan hari-hari aku dengan kawan-kawan and buat bermacam-macam aktiviti. Walaupun aku ada banyak masalah time tu, aku cuba teruskan hidup macam biasa. Priority aku adalah kawan-kawan dan enjoy. Aku suka pergi ke satu tempat dengan kawan-kawan aku. Aku panggil tempat tu 'P'. Hampir setiap minggu aku pergi sana untuk enjoy. Aku seronok setiap kali aku habiskan masa aku kat sana, aku jumpa macam-macam orang and gelagat. Setiap masa bila aku pergi tempat tu mesti aku teringatkan dia, Mr.H R. Aku menyombongkan diri kerana tak mahu di ganggu, nak enjoy lah katakan. Jarang sekali aku menyambut salam perkenalan sesiapa pun kat situ. Tapi tak sangka ada seseorang yang selalu memerhatikan. Time ni aku active melayari laman sosial 'Facebook'. Aku terima satu message dari seseorang yang kerap mengatakan aku sombong. Dan aku tergerak hati untuk menyambut salam perkenalan dia. Rupa-rupanya dia lah yang selalu memerhatikan aku waktu aku selalu tgah online. Dia aku kenali sebagai Mr. Z. Agak good looking and sangat bijak mengambil hati. Dari satu chatting, aku mengenali diri dia. Tapi susah untuk aku nafikan yang Mr. H R lagi jauh beza dari dia. Mr. H R memang cukup pandai berkata-kata dan mempunyai latar belakang yang agak baik. Pertama kali berjumpa pun dah cukup buat aku tertarik. Tapi si Mr. Z ni selalu update status mengenai diri aku. Bukan perasan ataupun apa-apa saja tapi itu sudah jadi kenyataan and aku bukan perasan. Ya, memang status Mr. Z selalu berkait pasal aku. Apa pun status yang dia ada, bukan itu yang aku pandang. Aku tertarik dengan diri dia. Dia menunjukkan sikap yang agak caring dan gentlemen. Aku mula menyukai diri dia. Tapi terlalu awal untuk di ketengahkan pasal hubungan, cukuplah pengalaman pertama, aku tak mahu membodohkan diri lagi. Dia tak pernah fikir perasaan aku ke? Harapan bodoh apa yang dia bagi kat aku? Sumpah! Aku menangis semahu-mahunya. Aku selalu menangis dan menangis. Untuk apa aku tunggu? Dia bodohkan aku macam tu je, aku terasa menyesal terima salam perkenalan dari dia. Andai waktu dapat di ulang…tapi benda dah tersimpan dalam hati, macam manalah aku nak buang. Hari-hari aku teruskan hidup dengan rasa sesak kat dada menahan semua tu. Aku berhenti menghubungi dia, 'Tuhan, tolonglah kuatkan semangat aku'. Agak lama masa yang aku ambil untuk lupakan semua tu walaupun belum betul-betul untuk melupakan dia, at least aku tak fikirkan sangat. Sampailah satu hari yang agak sial pada aku, dia menghubungi aku semula and berpura-pura seolah-olah takde pape yang berlaku. Aku sakit jiwa betul!!! Kenapalah kau muncul!!! Susah payah aku nak tenang, kau datang buat jiwa aku kacau. Aku menangis lagi kerana dia… 'Oh tuhan, sungguh besar dugaan yang kau bagi padaku…'. Atas sokongan kawan-kawan dan orang-orang tertentu, aku kuatkan hati lupakan dia. Memang susah! Lagi-lagi nak kena move on, tak patut betul! Ah, lantak lah. Aku kene kuat, aku kutip keping-keping hati aku yang patah and aku ubat sendiri. Aku tanamkan rasa benci dalam hati. Aku tak letakkan dia dalam kebencian tu. Tapi aku tanamkan rasa benci aku untuk terima mana-mana lelaki lain selain dia. Aku dah berjanji pada dia dan pada diri aku sendiri aku sendiri tetap akan menunggu dia walaupun sakit hati ni. Mr.H R, terima kasih banyak-banyak. Kau memang hebat! Aku salute… Sudah berapa kali aku jatuh cinta dan aku memulakan langkah, sudah berapa kali jugak aku kecundang. Pada aku sudah berapa kali tu cukup! Cukup buat rasa benci dalam hati ni tegar. Aku nekad untuk takkan jatuh cinta lagi selain dia. Biar lelaki yang memulakan setiap langkah. Aku takkan ulang setiap kesilapan dan kebodohan yang menjatuhkan aku. Aku tak nak lagi terbang dengan kata-kata manis, pergi jahanam dengan semua tu. Aku tak peduli apa orang nak fikir pasal aku, tapi aku kena lebih menjaga hati supaya tak sesuka hati di patahkan lagi. Kegagalan menyebabkan aku tak pernah serius dalam soal hati. Bukan mempermainkan, tapi mungkin juga kerana dendam. Aku tau dendam tu tak kemana, tapi sekurang-kurangnya, itu akan protect aku dari tersungkur lagi. Tiada commitment dalam hidup aku. Aku mula benci pada commitment. Segalanya harus mengikut cara aku sendiri. Pada yang hanya tahu mengadili, aku tak perlu pendapat kalian. Aku lingkarkan hati dengan kebencian. Andai satu hari nanti ada yang ikhlas membimbing, mungkin lingkaran itu akan hilang dengan sendiri. Cuma masa yang akan tentukan semua tu. Ya Allah, tabahkan lah hatiku...