L O V E M E M O R Y L A N E ⚤
about stuffs links home twitter


Chat me maybe?



Thanks : c r e d i t .


Belajar terima kenyataan
Friday, 7 December 2012 | 01:28 | 0 comments

Awak, ingat tak kita dulu tak pernah bertegur sapa. Kata orang, biarlah cinta mencari kita, jangan pula kita mencari cinta. Tapi, first time jumpa awak, lelaki seperti awak yang ingin saya miliki. Malangnya, siapalah saya pada pandangan awak. Saya tak kuat. Setiap masa saya rasa ingin menangis. Kalaulah menangis itu boleh hilangkan rasa sedih saya. Saya rela menangis. Saya harap rasa sedih saya akan hilang seperti hilangnya air mata yang mengalir. Terus terang saya ingin katakan. Perasaan saya sekarang penuh dengan perasaan kecewa & sedih. Kalaulah hati saya cukup kuat kan bagus. Saya akan berkata pada diri saya sendiri. Semuanya akan jadi lebih baik dari sekarang. Dari dulu lagi. Saya selalu meyakinkan diri saya sendiri. Semuanya ok. Semuanya ok. Hakikatnya, saya sendiri tak yakin pada diri saya sendiri. Adakah semuanya akan jadi lebih baik? Masa perlawanan bola Malaysia VS Indonesia kat Bukit Jalil, Shah Alam, saya ternampak suatu kelibat. Iaitu awak! Lidah saya kelu bila berhadapan dgn awak. Saya tertunduk lalu air mata saya membasahi pipi saya. Orang yang saya nampak adalah orang yang saya betul-betul rindukannya. Saya rindu awak sangat! Tapi awak, apa yang saya mampu buat, hanyalah melihat awak dari jauh. Itu sudah cukup membuat saya bahagia. Selangkah demi selangkah! Makin berat saya ingin meninggalkan semuanya. Dengan nada perlahan saya bertanya pada hati. "Oh, hati! kenapa kamu begitu?" Tolonglah berikan saya jawapanmu. Kepada RINDU, tolong jauhi saya kerna saya tak mampu untuk melawan perasaan ini sendiri. Dan kepada cinta, pergilah awak dan jangan kembali. Adakalanya saya sendiri tak mampu untuk menahan perasaan saya. Saya punya perasaan tawa, hiba & amarah. Kerna apa? Kerna saya hanyalah manusia biasa yang bisa menangis pabila saya terluka, bisa marah pabila saya dikhianati & bisa tersenyum pabila saya dihargai. Saya juga punyai secebis rasa sejuta impian! Jangan awak cuba meninggalkan luka walaupun hanya dengan secebis. Oh cinta, fahamilah saya. Hm tapi nak buat macam mana lagi kan. Selamat tinggal awak! Awak yang saya harap orang pertama saya nak lihat bila awak melangkahkan kaki ke tempat kerja awak tanpa memikirkan masalah awak. Saya selalu ada untuk awak bila awak perlukan. Lepas ni saya nak study hard untuk life saya pulak. Sayang saya pada awak selama hari ini adalah kerana Allah, sebab suatu benda yang tidak mampu saya buat adalah melihat mata awak.