SAHABAT ♥Wednesday, 14 December 2011 | 03:58 | 0 comments
Sahabat. Keindahan tercipta apabila aku & kau menjadi sahabat yang terindah. Kenangan di antara kita berdua terlalu payah untuk kulupakan. Hingga saat ini memori yang tersemat di kalbu membuat hati kecil ini terdetik betapa aku amat menyayangimu. Sungguh! Hmm. Rindunya diri ini pada memori bahagia yang tercipta itu. Alangkah mulianya persahabatan yang kita jalinkan bersama. Bagaikan isi dengan kuku. Tidak dapat dipisahkan. Kita selalu bersama. Namun kini ia tinggal impian. Keindahan yang terbentuk itu telah lenyap! Putus begitu sahaja. Bak layang-layang yang terputus talinya! Terlalu mudah kau berlalu pergi. Meninggalkan aku terkontang-kanting seorang diri. Setelah kau hadir menyinari dan menerangi hidup ini. Nyata kau sama seperti manusia-manusia yang lain. Yang menzalimi dan melukai & melukai aku. Biarpun begitu, hati terlalu lembut. Aku masih menyayangi kau. Meski kau semakin jauh.
Sahabat. Tahukah olehmu. Kau lah sahabat yang palingku sayangi. Tatkala persahabatan ini menemui jalan akhirnya, nyawaku seperti tersekat! Nafasku seakan terhenti! Umpama menanti kematian yang berkunjung dating. Begitu terseksanya aku! Aku kehilangan kamu. Yang kuanggap seperti saudara kandungku sendiri. Hati ini luluh! Hancur & musnah sekelip mata! Tak mampu kuluahkan betapa sengsaranya aku! Hanya Yang Maha Esa mengetahui segala-galanya. Segenap hatiku ini, aku tidak pernah cuba menganggap kau musuhku. Walaupun kau telah mencambah luka di jiwa. Namun aku masih tertanya-tanya, kenapa harus kau pergi tinggalkan aku? Tiadakah kasihan dihatimu? Tidakkah kau merasa berat hati melepaskan ikatan sahabat ini? Kemanakah hilang janji-janji yang pernah kau lafazkan dulu padaku? Ingin sekali aku berteriak, melepaskan benci padamu! Memaki kamu sekuat hati! Aku benci! Aku sangat-sangat benci! Tapi aku tak mampu. Itu bukan aku! Aku tak berdaya membenci kamu.
Untuk bersama kau kembali, aku tetap berusaha mencari jalan. Niatku hanya satu. Semoga kau pulang semula ke pangkuanku. Lantaran, mesej yang ku utus buatmu. Akan tetapi, sayangnya tiada langsung balasan yang kau berikan. Malah kau pinta agar aku tidak mengganggu mu lagi. Sakit hati ini mendengar ‘perintah’mu itu! Apa jua yang kau lakukan, tetap ku balas dengan doa menggunung tinggi. Aku berdoa pada tuhan agar pintu hatimu terbuka untuk menerima ku semula. Apalah dayaku duhai sahabat. Tika ini, tangisan masih membasahi pipi. Namun, ia sudah tidak membawa apa-apa erti untuk mu lagi. Cuma aku ingin kau mengerti. Tangisan ini adalah bukti kerinduan yang bersarang dihati seorang insan yang bernama sahabat. Akulah insan itu, yang sedang & akan selalu merindui kau. Cukuplah aku terseksa kerana sesuatu yang tak terbalas.






Know me
I love Allah S.W.T & Nabi Muhammad
I love my big familys. Memahami karenah saya walaupun saya ni nakal & comel.
I love my friends. Why? Kami buddyz, tak kan terpisah!
I love makan masakan mak dan masakan saya. Hehe
I love air milo ais. Kalau makan kat luar, air tu yang selalu saya order. Simple right?
I love makan aiskrim cornetto
I love main game a lot. Haha why? No other girl like me ;)
I love skating
I love yuzshahriyusoff. 

You can copy any code or open the source view pages in my blog.
Do not take freebies or tips - tips in this blog and make your property.
Do not comment annoying things and fooling around in the blog.
